Hiburan

Fat Amy Jadi Mangsa Penculikan Bersenjata Di Mozambique

Amri Hassan
14/01/2021
04:20 MYT
Sponsor Banner
Fat Amy Jadi Mangsa Penculikan Bersenjata Di Mozambique
Pelakon yang popular menerusi filem Pitch Perfect, Rebel Wilson mendedahkan dia pernah menjadi mangsa penculikan bersenjata di Mozambique.
Kata Wilson, 40, atau lebih popular dengan panggilan Fat Amy, ketika kejadian dia bersama beberapa kenalan wanita lain sedang bercuti di negara republik itu sebelum kenderaan mereka diserang sekumpulan penculik.
"Pernah suatu ketika saya diculik ketika berada di Mozambique.
"Sekumpulan lelaki menaiki trak menghampiri kami dan mengacukan senjata.
"Mereka memaksa kami turun dari kenderaan dan membawa ke sebuah rumah yang kami tak pasti lokasinya," ceritanya ketika sesi temuramah UK TV, Ant Middleton & Rebel Wilson: Straight Talking.
Tambah Fat Amy lagi, tangan mereka telah diikat bersama dan penjenayah menahan mereka selama satu malam.
"Saya ketakutan pada waktu malam dan risau mereka (penculik) mengapa-apakan salah seorang daripada kami.
"Keesokan harinya mereka memberitahu kenderaan kami sudah sedia dan membebaskan kami semua," ujarnya yang dibawa merentas sempadan Afrika Selatan beberapa jam kemudian.
Fat Amy masih tidak mengetahui punca mereka diculik, namun menganggap penjenayah itu menggunakan mereka untuk menyeludup barangan haram.
Sumber: Sky News, News.com
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar