Laman Utama
Fatin Afeefa ‘Meluat’ Tengok Muka Sendiri Asyik #Fyp TikTok - “Kalau Saya Tengok Pun, Nak Muntah…”
Semenjak berkahwin dengan seorang usahawan jutawan yang dikenali sebagai Aliff Awang, penuh video pelakon Fatin Afeefa ketika membuat ‘live’ di TikTok.
Mengakui sudah mula rimas melihat video sendiri menjadi ‘fyp’ atau viral di TikTok, Fatin berharap netizen berhenti merakam dan memuat naik semula live yang dibuatnya.
“Tula, korang janganlah post… korang tau tak aku yang kena maki. Aku live kadang-kadang saja, tapi korang yang rakam. Sumpah, saya menyampah gila tengok muka saya.
“Saya kalau waktu bosan, tengok TikTok video fyp… lepas itu saya macam ‘asal asyik muka aku ja, tak ada muka orang lain’. Naik menyampah dah.
“Macam nak cakap dekat orang, boleh tak tolong padam video ini, sebab kalau saya tengok pun saya nak muntah. Post saja video orang lain. Janji bukan muka saya di fyp,” katanya.
Pelakon yang pernah popular menerusi filem Tentang Bulan itu berkata demikian ketika membuat siaran langsung di TikTok pada Jumaat.
Terdahulu video memperlihatkan gelagat Fatin mengelak disentuh suaminya, Aliff Awang demi menjaga wuduk mencuri perhatian pengikut laman sosial.
Selain itu, Aliff juga pernah memuat naik video mendedahkan ada seorang individu yang mendakwa Fatin memilih dirinya sebagai imam hanya kerana kekayaan yang dimiliki.
Menafikan spekulasi itu, Fatin, 29, mendedahkan Aliff bukan lelaki kaya yang pertama mendekati dirinya. Katanya, dia jatuh hati dengan Aliff kerana wajah tampan dan comel.
Untuk info, Fatin selamat bernikah dengan jejaka pilihan yang dikenali sebagai Aliff Awang pada 30 Disember lalu di Putra Glass Hall, Subang Jaya.
Fatin sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia dan Fatin juga mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Adam Aisy Arrian, 10.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.