Hiburan
Fattah Amin Jual Tudung Bidang 50', Ibu Jadi Model - "Tagline Kita Yang Penting Tutup Aurat Dengan Sempurna"
Makin kencang! Selepas viral dengan bisnes usahasama kambing perap, pelakon kacak Fattah Amin tampil dengan bisnes tudung pula.
Menerusi siaran langsung di media sosial, Fattah melancarkan jenama tudung yang diberi nama Tudung Azizah dengan tujuh rekaan berbeza pada Sabtu.
Kata Fattah, 35, kesemua tudung dijual bersama ibunya, Azizah Abdul Ghani dan dua adik perempuannya, Raihan dan Intan.
"Apa tagline kita ibu? Yang penting Tutup Aurat Dengan Sempurna.
"Saya memilih untuk menjual tudung bidang 50′ kerana ibu dan adik-adik saya memang memakai tudung labuh.
"Saiznya lebih besar daripada tudung bawal biasa yang singkat. Saiznya saya rasa macam tengah-tengah sebab boleh dipakai oleh semua orang.
"Malah ramai juga yang minta saya keluarkan tudung saiz ini," ujarnya.
Dalam siaran langsung sama, Fattah sempat ‘mengusik’ dua adik perempuannya yang disifatkan sebagai pemalu untuk berinteraksi ketika menjual tudung.
"Mereka memang susah nak bercakap, suara pun tak keluar ibarat dalam mulut ada berlian. Saya pun sebelum ini begitu juga tetapi selepas jadi pelakon, barulah banyak cakap.
"Ibu selepas ini pengasas jenama tudung, akan susah nak cari dia nanti,” selorohnya.
Must-Watch Video