Hiburan

Fattah Amin Kongsi Kisah Inspirasi Disebalik Tudung Azizah - “Ibu Saya Peminat..”

Umirah Halim
05/02/2025
23:55 MYT
Sponsor Banner
Fattah Amin Kongsi Kisah Inspirasi Disebalik Tudung Azizah - “Ibu Saya Peminat..”
Baru-baru ini pelakon popular Fattah Amin telah melancarkan tudung jenamanya sendiri iaitu Tudung Azizah.

Ibu suka tudung labuh

Berkongsi mengenai perkara tersebut, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, memberitahu perniagaan tersebut diinspirasikan daripada ibunya yang gemar memakai tudung labuh.
“Saya buat tudung Azizah itu untuk mak saya, produk itu di bawah jenama FA (Fattah Amin) edisi terhad. Sebelum ini kita keluarkan baju t-shirt.
“Saya gunakan platform saya sendiri untuk cari rezeki tapi kalini saya bawa ibu saya bersama, kerana ibu peminat tudung labuh,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Rissa Skin X Fattah Amin di sebuah hotel di ibu negara, pada Sabtu lalu.
Dalam pada itu, pelakon filem Pendekar Awang itu juga mengakui tidak mahu mensia-siakan pengalamannya yang pernah berada dalam bidang perniagaan yang sama sebelum ini.
“Saya sudah ada pengalaman sebelum ini dan itu tidak mengehadkan saya untuk menggunakan pengalaman yang saya ada dalam perniagaan,” katanya lagi.
Sekadar info, Tudung Azizah hadir dengan tujuh rekaan berbeza bersaiz bidang 50′.

BERITA BERKAITAN: Tular Tangkap Layar Terima Notifkasi TikTok Dari Akaun Dipercayai Milik Fattah Amin, Amira Othman; “Saya Tiada Apa Nak Ulas, Biar ‘Detektif’ Netizen Buat

BERITA BERKAITAN: Fattah Amin Jual Tudung Bidang 50', Ibu Jadi Model - "Tagline Kita Yang Penting Tutup Aurat Dengan Sempurna"

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024