Hiburan

Fattah Amin Sambut Birthday Fatima Aisya, Ucap Terima Kasih Pada Fazura – “Thank You Mommy Bagi Chance Daddy Dating…”

Khairil Khusyairi
04/10/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
Fattah Amin Sambut Birthday Fatima Aisya, Ucap Terima Kasih Pada Fazura – “Thank You Mommy Bagi Chance Daddy Dating…”
Pelakon Fattah Amin sekali lagi mencuri tumpuan apabila berkongsi momen bersama anak sulungnya iaitu Nur Fatima Aisya.

Sambut Birthday Fatima

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Fattah berkongsi foto dan video ketika menyambut hari ulang tahun kelahiran Fatima yang ke-4 baru-baru ini.

Dalam perkongsian cukup manis itu, Fattah turut membawa Fatima bersiar-siar bagi meraikan puteri kesayangannya itu.

Happy birthday baby!

“Kesian sampai tertido balik tu,” tulis Fattah ringkas.

Terima Kasih Pada Fazura

Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah Fattah turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya, Nur Fazura kerana memberi peluang untuknya berjumpa dengan Fatima.

“Thank you Mommy bagi chance Daddy dating dengan Fatima,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut memberikan perlbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Ramai membuat ucapan hari jadi buat Fatima selain mendoakan agar keluarga kecil itu sentiasa dirahmati.

Terdahulu, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.
Susulan itu, mahkamah meminta pasangan selebriti itu untuk menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober ini.
Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Titip Doa Untuk Fatima Sempena Ulang Tahun Kelahiran, Fattah Amin Luah Rasa Rindu Terhadap Anak - “Daddy Misses You…”

ARTIKEL BERKAITAN: Fatima Genap 4 Tahun, Fazura Titip Ucapan Khas - "Mommy Akan Sentiasa Di Sisi Saat Susah & Senang"

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun Menyepi, Hantaran Fazura Di X Bikin Netizen Kecoh - “Hint Ke Ni?”

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul IG Baharu Nur Fatima Aisya, Hanya 'Collab' Ucapan Hari Jadi Dengan Fazura

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Lafaz Cerai Dibuat, Fattah Amin Tegaskan Masih Sayangkan Fazura - “Saya Ada Perasaan, Bukannya Robot”

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024