Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Fattah Amin Sudah Usaha Selamatkan Rumah Tangga - “Datang Rumah Pujuk, Tapi Dihalang Masuk…”

Umirah Halim 07/10/2024 | 06:55 MYT
Menepis dakwaan tidak berusaha memujuk bekas isterinya, pelakon, Fattah Amin menegaskan dia telah berusaha menjernihkan keadaan sepanjang berhadapan kemelut rumah tangga mereka.
Menurut Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, dia bagaimanapun terkilan kerana segala usahanya untuk bertemu dengan Fazura telah dihalang pihak tertentu.
“Hampir setiap hari saya berusaha untuk hubungi Fazura, panggilan tak pernah dijawab, WhatsApp susah nak jawab.
“Cuba tengok WhatsApp dia saya pujuk, text dia macam mana. Saya ada datang rumah untuk pujuk tapi saya dihalang untuk masuk ke rumah.
“Apa yang saya kesali adalah anak saya, dia tidak sepatutnya menerima keadaan seperti ini dalam keadaan dia umur masih 4 tahun, namun dia terpaksa menerima keadaan sebegini,”katanya semasa ditemui usai sesi kedua prosiding perceraian antaranya dengan Fazura.
Tedahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini.
Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.
Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
#Fazura #cerai #Fattah
;