Laman Utama

Faye Kusairi, Nana Sheme, Sharnaaz Ahmad Kesal Ryzal 'Duriankimchi' Gelar Pakaian Iban Kain Buruk & Alas TV!

Amri Hassan
27/05/2021
00:15 MYT
Sponsor Banner
Faye Kusairi, Nana Sheme, Sharnaaz Ahmad Kesal Ryzal 'Duriankimchi' Gelar Pakaian Iban Kain Buruk & Alas TV!
Pelakon Faye Kusairi dan Sharnaaz Ahmad antara selebriti yang meluahkan kekesalan terhadap video biadab yang dimuatnaik oleh personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim yang popular dengan saluran Duriankimchi.
Kata Faye, sebagai anak Sarawak, tindakan Ryzal menggelarkan pakaian tradisional negeri itu telah mengguris hatinya.
"I am a proud Sarawakian and of course, saya terguris juga.
"Tau tak “kain buruk” yang awak cakap tu originally handmade and it takes a specific someone to dream about the design first.
"Lepas tu dia akan ke hutan mencari bahan untuk warnakan corak benang tu untuk ditenun and only yang dapat mimpi tu je mampu tenun based on her memory.
"Begitu majistik “kain buruk” yang awak cakap tu. Ini baru cerita pasal kain.. belum lagi lain-lain," kata Faye.
Jelas Faye lagi, kaum Dayak di Sarawak antara kaum yang menghormati masyarakat setempat dan tidak menghina budaya orang lain.
"Jarang sekali saya dengar kaum Dayak Sarawak mempermainkan atau mempersenda apatah lagi menghina adat dan budaya kaum lain.
"Mereka yang dikatakan “kuno” ni lagi pandai hormat orang lain yang jauh lagi “urban” dari mereka.
"Hati-hati bila bergurau dan jadilah lebih berhati hati bila dah popular," nasihatnya.
Selain itu, turut menyatakan kekesalan bintang Big Stage 2020, Nana Sheme.
"Berhenti buat lawak terhadap budaya orang lain. Hentikan pemikiran low class ini.
"Ya, kamu boleh memohon maaf tapi harus faham, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya.
"Sila hadam, sila belajar dari kesilapan. Terima kasih," pesannya.
Sementara itu, bagi Sharnaaz komen yang dibuat oleh Ryzal telah mencalarkan nama penggiat seni kreatif tempatan.
"Hapuskan acah-acah artis taukua rendang yang membasikan nama baik penggiat seni tanah air yang berjuang demi karya dan periuk nasi.
"Ya betul sesetengah tu memang patut dibaling dumbell, tenga belakang. Tapi musibat seperti ini (Ryzal) dan semalam (Iman Troye) yang kunyitkan nama baik anak seni.
"Bakat bukan atas berapa ramai followers lu, tapi apa sumbangan lu pada dunia seni.
"Ryzal dan bini Korea hang, hormat itu budaya orang. Hang tahu budaya apa tak ni?" tulis Sharnaaz.
Ryzal pada Rabu telah berkongsi sepotong video merakamkan gelagat isterinya Maryam yang sedang bersiap-siap mengenakan pakaian tradisional suku kaum Iban yang terkenal di Sarawak.
Tindakan spontan Ryzal yang mengatakan busana tradisional itu seperti kain meja, alas televisyen tahun 70-an dan kain buruk mesin basuh telah mencetuskan ketegangan dan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial.
Bagaimanapun, Ryzal tampil membuat permohonan maaf di Instagramnya dan menutup ruangan komen.
Ryzal sebelum ini pernah terpalit dengan penulisan komen kualiti kerjaya peguam susulan kes mahkamah Neelofa minggu lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar