UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Fazley Mohon Netizen Unfollow Kalau Tak Suka: "Tak Perlulah Dengan Ayat Berskibidi Bom Bom Sekadar”

Ernalisa 31/01/2025 | 10:25 MYT

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menegaskan bahawa netizen perlu memberi ruang kepada artis untuk menjadi diri sendiri, tanpa perlu lantang menghakimi kehidupan peribadi mereka.

BERITA BERKAITAN: Fazley Yaakob Anggap GV ‘Pembuka Rezeki Baru’, Komen Pedas Juri Amat Diperlukan - “Itu Bukan Memalukan, Itu Ilmu Termahal”

BERITA BERKAITAN: "Jaga Isteri Sendiri, Tak Perlu Nasihat Kepada Duda-Duda Lain Macam Mana Nak ..." - Fazley Yaakob

Menurut Fazley, sejak kebelakangan ini, terlalu banyak komen negatif yang dilemparkan kepada rakan artis, terutama membabitkan kisah rumah tangga dan kehidupan peribadi mereka.
"Sejak akhir-akhir ini, cerita Along Cham, kisah rakan artis yang bercerai semua jadi tumpuan. Saya faham mereka adalah selebriti, tapi janganlah terlalu lantang atau ikut sedap mulut bila berbicara. Kita tak tahu kisah sebenar.
“Lebih baik doakan yang baik-baik untuk sesama kita," katanya ketika dihubungi Gempak.
Fazley atau nama lengkapnya Ahmad Fadzli Yaakob, turut menegur sikap sesetengah netizen yang gemar memberikan komen berbaur sindirian dan nasihat berlebihan kepada selebriti.
Tambahnya, setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menjalani kehidupan dan mencari bekalan akhirat.
"Buat ustaz dan ustazah ‘skibidi-bidi bom bom’, mohon tahan diri dari DM dan post teguran di page saya ya.
"Dahla tak follow saya, tapi follow account awek-awek berlurah dendam atau abang-abang gym boleh pula."
"Tak perlulah dengan ayat berskibidi bom bom sekadar nak mengingatkan," selorohnya.
Malah, Fazley juga secara terbuka meminta sesiapa yang tidak senang dengan perkongsiannya di media sosial supaya tidak perlu mengikuti akaun peribadinya.
Dalam pada itu, Fazley mendedahkan ada beberapa rakan artis yang bertanya bagaimana dia mampu bertahan dengan kecaman netizen.
Tidak kurang juga, ada yang meminta dirinya untuk memberi 'peringatan manja' kepada mereka yang suka mengecam.
Namun, Fazley berpandangan bahawa seseorang artis perlu bijak mengawal emosi dan tahu mana komen yang patut diambil serius atau diabaikan.
Sebelum ini, Fazley pernah menjadi sasaran kecaman selepas memakai kanta lekap berwarna.
Ramai netizen beranggapan gaya tersebut tidak sesuai untuk seorang lelaki dan memberi imej ‘adik-adik’.
Namun, Fazley tidak mudah melatah dengan kecaman tersebut dan terus bersikap profesional dalam menangani kritikan.

#Ustaz #Jangan #Ustazah #Jadi
;