Laman Utama
Fendy Bakry Tidak Gentar Dengan Persaingan Pelakon Baharu - “Lebih Sedekad Lalu Mungkin Takut…”
Bersyukur masih ditawarkan berlakon disaat kebanjiran pelakon baharu, aktor Fendy Bakry mengakui dia tidak mempunyai perasaan bimbang terhadap persaingan.
Sentiasa menitikberatkan soal disiplin, Fendy berkata percaya kepada rezeki yang membuatkan dia masih berada dalam industri seni sehingga kini.
“Lebih sedekad lalu mungkin takut. Ketika mula-mula terbabit dalam industri seni kita kena membina nama bagi membolehkan produser dan pengarah nampak.
“Memang wujud rasa takut lebih-lebih lagi ketika itu saya masih baharu, tetapi selain jadi pelakon tambahan saya jadi kru belakang tabir hingga dapat kepercayaan sebagai aktor pembantu.
“Masa itu saya gunakan Facebook untuk kumpul pengikut tapi syukur berkat sabar, tak menyerah kalah dan disiplin membolehkan saya dapat peranan utama.
“Seiring peredaran masa saya tidak lagi ada rasa bimbang kerana percaya kepada rezeki. Apa yang saya teruskan adalah jaga masa serta bagi sepenuh kerjasama,” katanya kepada Gempak.
Fendy ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Nostalgia Retro RayaXMAHA di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, baru-baru ini.