Hiburan
Filem Adiwira Indonesia, Gundala Sah Masuk Malaysia 26 Disember Ini!
Filem ala Avengers dari Indonesia, Gundala akan memasuki pasaran Malaysia pada 26 Disember ini.
Filem adiwira petama di dalam Bumi Langit Cinematic Universe arahan Joko Anwar ini mengisahkan Sancaka lakonan Abimana Aryasatya hidup keseorangan setelah ditinggalkan oleh ibu bapanya.
Diadaptasi daripada karakter komik Gundala ciptaan Harya “Hasmi” Suraminata pada tahun 1969, Sancaka telah disambar petir dan kemudian memberikannya kekuatan kerana hidupnya sering dilanda keresahan dan realiti kehidupan yang serba tidak adil.
Selain Abimana, Gundala turut dibarisi pelakon handalan Tara Basro sebagai Wulan, Ario Bayu sebagai Ghazul, Cecep Arif Rahman, Rio Dewanto dan Muzakki Ramdhan.
Malah, pelakon Malaysia Bront Palarae akan memainkan peranan sebagai penjahat utama bernama Pengkor.
Pengarahnya, Joko Anwar sebelum ini cukup dikenali menerusi naskhah-naskhah hebat seperti Pengabdi Setan, Janji Joni, Filosofi Kopi dan yang terbaru, Perempuan Tanah Jahanam.
Gundala yang bergenre aksi penggembaraan ini terlebih dahulu ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia pada 28 Ogos dan telah mencatat jumlah penonton sebanyak 1.1 juta orang.