Filem
Filem NKCTHI Ajar Rio Dewanto Untuk Urus Keluarga & Anak
Pelakon Indonesia, Rio Dewanto akui filem Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) banyak mengajar dirinya untuk menguruskan keluarga bersama isteri, Atiqah Hasiholan.
Kata Rio, dia mempraktikkan diri untuk lebih berkomunikasi dengan anak bagi mengetahui pelbagai perkara.
"Filem ini mengajar saya cara untuk menguruskan keluarga kecil saya serta mendidik anak saya yang baru memasuki tiga tahun.
"Kerana di fillem NKCTHI menggambarkan mungkin ibu bapa dulu berbeza dengan masa sekarang.
"Macam pendekatan yang saya lakukan untuk anak saya akan banyakkan berkomunikasi dan memberi respon dengan apa yang dilakukannya," katanya menerusi segmen #ArtisDudukDiam.
Apapun, jangan lupa untuk sewa Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) di Astro First saluran 480 dan strim On Demand.
Secara eksklusif, buat kali pertama filem NKCTHI ditayang terus di pawagam rumah anda!
NKCTHI menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha) dan Awan (Rachel Amanda).
Mereka mempunyai kisah pilu masing-masing. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Awam jatuh cinta pada Kale. Perubahan Awan disedari oleh bapa mereka, Narendra.
Sebagai seorang ayah yang tegas, Narendra cuba mengawal anaknya. Tindakan tersebut turut memberi tekanan buat Angkasa dan Aurora. Ini mendorong pemberontakan Angkasa, Aurora dan Awan sehinggalah rahsia besar keluarga mereka terbongkar.
Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.