Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Filem Paling Epik 2022! Betul Ke? Ini 5 Sebab Mengapa The Batman Antara Karya Terhebat Pernah Dihasilkan!

Hanafis Haris 22/04/2022 | 07:17 MYT

“Batman paling best! Batman paling hebat dan epik!” itulah antara luahan dan respon orang ramai terhadap filem terbaru arahan Matt Reeves ini.

Selain memberi nafas baru dalam karya ini, Batman juga disegarkan dengan kehadiran pelakon hebat Robert Pattinson yang mengalas tanggungjawab memegang watak ikonik ini.

Persoalannya, adakah The Batman wajib dan berbaloi ditonton?

Berikut merupakan ulasan jujur Gempak!

#1 Jalan cerita agak berbeza!

Filem The Batman terbaru ini mengisahkan tentang banda Gotham secara yang tiba-tiba menjadi bandar paling mengerikan.

Semuanya gara-gara kemunculan watak The Riddler yang memberontak mahu mendedahkan skandal jenayah terbesar bandar berkenaan.

Disebabkan itu, The Riddler merancang untuk membunuh satu persatu sesiapa saja yang mempunyai kaitan dengan ‘pembelot’ skandal berkenaan.

Akibatnya, penduduk Gotham kini hidup dalam serba ketakutan dan hanya mampu mengharapkan Batman untuk menegakkan keadilan.

Pun begitu, siapa sangka pendedahan paling besar dalam sejarah hidup Bruce Wayne juga bakal terbongkar!

#2 Sinematografi Puas & Mengagumkan!

Tidak dinafikan faktor paling utama peminat Batman untuk menonton filem ini adalah kemunculan hero terbarunya, Robert Pattinson.

Berkemungkinan dan harapnya Robert Pattinson akan memegang watak ikonik ini dalam tempoh agak lama dalam banyak lagi francais akan datang.

Namun, selain Robert Pattinson, pengarah Matt Reeves juga antara sebab utama penonton meletakkan harapan tinggi. Lihat saja hasil filemnya sebelum ini.

Okay berbalik kepada filem ini, pembukaan The Batman dalam 10 hingga 15 minit sangat 'mind blowing’ apabila penonton ‘dihidangkan’ dengan pelbagai shot yang cantik dan 'magnificent'!

Boleh dikatakan setiap babak diambil dengan cukup rapi, tidak klise dan berseni.

Dalam hati terfikir, Rotten Tomatoes mesti love filem ini!

Sinematografi The Batman boleh dikatakan sangat top notch dan artistik.

Malah penggunaan mod warna merah dan hitam untuk beberapa babak menjadikan filem ini nampak ‘promising’.

Itu tidak dikira lagi beberapa scene pada bahagian klimaks filem ini yang bakal membuatkan anda ‘mind blowing’.

#3 Dunia Detektif Batman!

Penonton kemudian akan dibawa ke alam penyiasatan apabila Batman berganding bahu dengan watak polis dalam filem ini iaitu James Gordon.

Selepas itu, mula muncul beberapa watak penting seperti Selina (Catwoman) dan juga The Penguin. Ikonik bukan?

Terus terang, penulis antara peminat filem genre investigative crime ini.

Permainan ‘puzzle’, teka teki, klu, bayangan-bayangan halus yang diberi oleh watak antagonis dalam filem ini iaitu The Riddler cukup mengagumkan!

Lebih mengagumkan, hanya Batman saja boleh menjawab teka teki The Riddler. Hebat Batman!

Filem ini berjaya membawa mood investigative sekali gus menarik penonton untuk turut sama serta dalam penyiasatan menjejaki si pembelot.

Siapa pembelot ni? Itulah persoalan yang ‘menjerat’ penonton untuk terus stay dan segar mata menonton The Batman.

#4 Robert Pattinson Sebagai Batman? Promising Ya!

Berbalik pada Robert Pattinson, jujurnya penulis tidak meletakkan sebarang harapan memandangkan tiada filem Robert yang begitu menyerlah selain daripada francais Twilight.

Tetapi, surprisingly Robert Pattinson berjaya membawa watak Batman dan Bruce Wayne dengan cemerlang biarpun ada terdetik di hati mengatakan Robbert agak muda dan sedikit kurus berbanding hero terdahulu.

Permainan emosi, pembangunan karakter yang diberi sebenarya agak menyakinkan. Lupa habis hero terdahulu.

Begitu juga watak Catwoman yang dilakonkan Zoë Kravit. Kecil molek dan agak seksi, menjadikan ia sangat cocok untuk menjadi Catwoman.

Tertumpu pastinya lebih kepada watak psycho The Riddler! Jujurnya watak The Riddler boleh dikatakan agak menggerunkan.

Mood psycho itu dikembangkan secara perlahan-lahan hingga menjadikan watak The Riddler sangat digeruni penonton.

Perancangan dan susur atur The Riddler untuk menghancurkan Gotham sedikit sebanyak mengingatkan penulis pada watak Bane dalam The Dark Knight.

#5 Babak Aksi Next Level, Peminat Puas Menonton!

Menyentuh mengenai aksi atau action sequence dalam filem ini pula, terus terang penulis tidak puas.

Tidak bermakna filem ini bosan, sebaliknya pengarah pandai bermain dengan graf serta momentum.

Bayangkan graf yang ada turun naiknya, itulah yang boleh penulis gambarkan dalam The Batman.

Adakalanya, penonton akan dibuai dengan journey penyiasatan itu, namun tidak semena dikejutkan pula dengan kemunculan babak gila oleh The Riddler. Hebat!

Begitu juga dengan sangkaan filem ini sudah habis, namun sebenarnya masih banyak dan panjang lagi babak.

Penonton akan dijamu dan terus dijamu! Bagaikan tiada kesudahan menonton The Batman.

Secara keseluruhannya The Batman dijamin memberi kepuasan khususnya untuk peminatnya.

Disebabkan itu tidak hairanlah filem ini menerima 91% daripada Rotten Tomatoes.

Rating Gempak 8.5/10

Jadi pada yang belum menonton filem paling hebat tahun ini, anda boleh strim secara On Demand melalui Ultra Box, Astro GO dan HBO GO.

Anda juga boleh melanggan ‘Movie Pack’ Astro bermula RM94.90 sebulan!

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

#HBO #Batman #The Batman #AstroGo #OnDemand
;