Hiburan
"First Time Tengok Program tu, Dalam Hati Cakap Macam Best..." - Impian Syida Melvin Jadi Kenyataan
Adik kepada pelakon Syatilla Melvin, Syida Melvin baru sahaja melahirkan cahaya mata pertama yang diberi nama Safa Safeera pada 20 Februari lalu.
Namun kisah sebelum kelahiran Safeera juga tidak kurang menariknya untuk dikongsi oleh Syida.
Dalam satu entri di Instagram miliknya, Syida berkongsi kisah diawal kehamilannya.
"Ingat lagi masa mula-mula awal pregnant, excited nak pilih gynae mana yang best for my first pregnancy ni dan masa tu kebetulan selalu juga tengok programe doc Tanya Dr. Imelda.
"First time tengok programe tu, dalam hati Syida cakap eh, macam best ja doc Imelda ni pasai dia cakap utagha saja walaupun dalam TV," tulis Syida.
Menurut Syida, dia cuba mencari doktor pakar sakit puan yang terbaik di KPJ Damansara, dan diberitahu oleh seorang jururawat ada seorang doktor yang baru dua minggu di hospital tersebut.
"Doctor Imelda katanya. Memang rezeki kamilah, baru semalam tengok programe doc, harini dah dapat chance untuk Pilih doc as my Gynae.
Selama 7 bulan dok pi check up dengan Doctor, ada saja kita bercerita, doc pun banyak share good info dengan saya tentang pregnancy & everything. Dari mula-mula pregnant saya masih tak tetap pendirian nak bersalin czer or normal," tulis Syida lagi.
Tambah Syida, Doktor Imelda banyak memberikan sokongan dan galakan padanya untuk bersalin secara normal dan Alhamdulillah, dia menurut nasihat doktor.
"Segala jenis tips doc bagi & remind kat kami setiap kali check up bila dah dekat-dekat due date. Yang penting, saya memang ikut tips-tips doc tu. Alhamdulillah everything went smooth & safely," tambah Syida berterima kasih kepada Doktor Imelda.
Syida turut berharap bila dia bakal hamil anak keduanya nanti, dia ingin kembali kepada Doktor imelda.
Syida Melvin atau nama sebenarnya Siti Nur Syida Amirol Melvin berkahwin dengan Mohd Syafiq Azim Shaheen pada Januari 2019.