Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Fiza Frizzy Bersyukur Kerana Selamat Bersalin, Tapi...

Asraf Aided 22/11/2018 | 09:54 MYT
Pengacara Fiza Frizzy, 30, telah selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.64 kilogram pada Isnin lepas.
Meurut Fiza, dia amat bersyukur kerana kesihatan bayi yang dinamakan Mohd Faeeq Zuhayr itu berada dalam keadaan yang baik walaupun berasa sedikit kecewa kerana terpaksa melakukan pembedahan.
"Proses melahirkan Mohd Faeeq tidaklah seperti yang saya mahukan, saya sangat berharap untuk bersalin secara normal tanpa melakukan pembedahan.
"Namun begitu, keadaan rahim saya agak bermasalah dan saiz bayi juga agak besar, saya terpaksa melakukan pembedahan tersebut," katanya.
Mohd Faeeq adalah anak pertama Fiza bersama suaminya yang merupakan seorang pemain bola sepak Kuantan FA iatu Mohd Fazli Zulkifli.
Sumber : Harian Metro
#Fiza Frizzy
;