Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Fizi Ali Sebak Tak Dapat Sambut Birthday Ameena – “Minta Maaf, Tak Dapat Jumpa Awak Sebab Daddy Tak Nak Lagi Dituduh Jadi Pembawa Penyakit…”

Fiza Kamarudin 14/03/2022 | 01:26 MYT

Perkongsian terbaru penyampai radio Fizi Ali di laman sosial Instagram (IG), mengundang sebak di kalangan pengikut tambahan lagi apabila melibatkan anak perempuannya Ameena Sofia.

Menerusi hantaran tersebut Fizi mengucapkan selamat hari lahir kepada puteri kesayangannya itu dan memohon maaf kerana hanya mampu meninggalkan hadiah di pos pengawal.
Fizi turut memohon maaf kerana tidak dapat berjumpa Ameena kerana tidak mahu dituduh sebagai pembawa penyakit kepada anaknya itu.
“Selamat hari lahir Ameena sayang…Daddy letak video dekat sini supaya kalau nanti Daddy dah tak ada, awak ada memori untuk tengok dekat sini.
“Nanti awak dah besar awak akan faham, Daddy tak pernah lupakan awak walau sesaat…awak nyawa Daddy.
“Maaf tak dapat jumpa awak sebab Daddy tak nak lagi dituduh jadi pembawa penyakit dekat awak. Daddy tak sanggup tengok awak sakit dari jauh, tak dapat jaga awak, tak dapat sentuh awak...
“Maafkan Daddy…Terima kasih jugak kepada orang-orang yang menyumbang untuk bagi hubungan bapak dan anak jauh…Semoga korang diberkati,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menerusi video yang dimuat naik, jelas kedengaran suara Fizi menahan sebak kerana tidak dapat bertemu Ameena di hari istimwewanya.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut memberi kata-kata semangat kepada Fizi, termasuk rakan penyampai Suria FM, Suraya Borhan dan Feeya Iskandar.
Kebanyakannya meminta Fizi bersabar dan tidak menyalahkan diri sendiri apabila Ameena disahkan dijangkiti COVID-19.
“Fizi Ali, janganlah asyik salahkan diri sendiri. Allah maha mengetahui segalanya. Semua orang kalau boleh nak elak tak nak jadi punca, tapi elaklah mcm mana punm jagalah bajk cam mana pun, kalau Allah kata kena, tetap kena juga. Be strong okay…You dah buat sehabis baik untuk Meena,” tegur Feeya.
“Fizi Ali, apa buat video boleh kasi habuk masuk mata ni…Mana mungkin kita as parents nak suka-suka tengok anak sakit..Meena strong girl..Nanti bole playdate ngan Janna ok..Anyway Happy birthday meena comey!!,” kata Suraya pula.

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

Difahamakan Ameena Sofia yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketiga hari ini (14 Mac), disahkan positif COVID-19 minggu lalu selepas menjalani ujian calitan RTK.
Ameena kini dalam jagaan ibunya, aktres Shakila Koriri dan sedang menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari.

Dalam perkembangan lain, sehingga hari kesihatan Ameena juga sudah semakin baik seperti yang dikongsi ibunya dalam hantaran terbaru di IG.

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

#Fizi Ali #Ameena Sofia #COVID-19 #Shakila Koriri
;