Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Fizi Ali Tunjuk Bukti Bawa Anak Pergi Waterpark - “Awak Berdua Tak Salah…”

Asyikin Mayudin 24/10/2023 | 23:55 MYT

Hanya berdiam diri ketika timbulnya isu dengan bekas isteri, penyampai radio Fizi Ali bagaimanapun memilih untuk menjawab segala persoalan dengan memuat naik perkongsian di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Fizi memuat naik foto dia meluangkan masa bersama anak perempuanya iaitu Ameena Sofia, isteri serta anak tirinya di taman tema air.

“Hari ini (Selasa) daddy dan mama bawa anak-anak pergi waterpark… dari pagi sampai ke malam jalan. Penat dia orang duk main-main,” kongsi Fizi.

Pada perkongsian yang sama, Fizi turut berkongsi foto memperlihatkan Ameena dan kakak tirinya sedang tidur sambil berpegangan tangan.

“Tidurlah sayang… awak berdua tak salah. Maafkan daddy dan mama kalau ada terkurang,” kata Fizi lagi.

BACA SINI: Shakilla Khoriri Harap Fizi Ali Lebih Jujur - “Saya Tak Tahu Aktiviti Waterpark Bertukar Jadi Majlis Nikah”

Perkongsian itu juga sekali gus menjawab dakwaan bekas isteri, aktres Shakilla Khoriri yang mendakwa Fizi tidak berlaku jujur ketika mengambil anak mereka pada Ahad lalu.

Menurut Shakilla, Fizi hanya memaklumkan kepadanya ingin membawa Ameena ke taman tema air namun tidak menjangka rupa-rupanya bekas suaminya melangsungkan pernikahan.

Tiada sebarang masalah antara mereka, namun Shakilla berkata Fizi sepatutnya berterus terang dengannya memandangkan lelaki itu bapa kepada anak perempuannya.

Selain itu, Shakilla juga mempersoalkan foto memperlihatkan mulut Ameena ditekup oleh anak kepada isteri baru Fizi.

Pada Isnin, Fizi telah mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan sudah bernikah dengan wanita pilihannya yang juga rakan perniagaannya yang dikenali sebagai Siti Zulaikha.

Pasangan itu selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Gombak.

Untuk rekod, Shakilla dan Fizi pernah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018. Namun disahkan bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.

#Fizi Ali #Shakilla Khoriri #Ameena Sofia #Anak tiri Fizi #Isteri Fizi
;