Hiburan
Fizz Fairuz Ngadu Tak Pernah Dapat Hadiah, Almy Nadia Buat Kejutan Sempena Hari Bapa - "Kami Plan Baik Semua Dia Terkejut ..."
Pelakon Datin Almy Nadia mendedahkan luahan suaminya, Datuk Fizz Fairuz yang menyatakan dia tidak pernah menerima hadiah sejak mereka berkahwin.
Menurut Almy, sebelum ini hanya Fizz yang sering membelikan kepada mereka anak beranak.
"Dia cakap,dia tak penah dapat belon,hadiah ni semenjak kawin. Selalu dia ja bagi kat isteri dan anak-anak dia.
"Ya la isteri tak kerja,mana datangnya duit," tulisnya sebagai kapsyen.
Almy berkongsi perkara tersebut di Instagram (IG) miliknya beserta foto Fizz memegang belon dan juga kek.
Oleh sebab itu, Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah membuat keputusan untuk membuat kejutan kepada Fizz.
"Tapi kalini isteri dah kerja, ada duit sikit, dapat la beli hadiah untuk suami.
"Sempena father’s day ni, kami plan baik diam, semua dia terkejut. Cuma bbq ja bagitau nak buat sebab cakap lama tak buat bbq, tapi ada agenda dia.
"Hahaha selamat hari papa sayang.. Kami sayang awak sangat .. Awak adalah yang terbaik di dunia. Tiada yang sehebat awak sayang. Awak adalah hero saya, hero anak-anak @fizzfairuzofficial. Mama harap sayang enjoy ok," tulisnya lagi.
Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.