Hiburan

"Followers Ramai Kat Media Sosial Tak Bermakna Anda Bagus" - Arash Mohd Tegur Pelakon Baru

Kamaruddin Razal
03/10/2019
06:56 MYT
Sponsor Banner
"Followers Ramai Kat Media Sosial Tak Bermakna Anda Bagus" - Arash Mohd Tegur Pelakon Baru
Pelakon senior, Arash Mohd berkongsi luahan rasa mengenai pendatang baru yang mencari rezeki dalam bidang seni.
Mencoretkan pendapat di laman Facebook miliknya, Arash berharap pelakon baru dapat belajar dan mengambil serius tentang pekerjaan mereka sebagai seorang pelakon.
"Harap sangat budak-budak baru yang ada dalam bidang seni ni, tolonglah belajar dan ambil serius! Jangan datang set dengan isi kosong. Tak kenal watak sendiri. Tak nak ambil tahu watak-watak sekeliling," begitulah luahan
"Dah masuk dalam set tolong jangan main handphone! Cari ilmu. Masuk kelas-kelas lakonan. Keluar sikit belanja untuk ilmu. Kerana seni ini tiada ternilai! Hargai bakat dan peluang yang ada," tulis Arash.
Tambah Arash, ilmu dalam bidang lakonan tidak datang sendiri dan ia harus digali, seperti apa yang pernah dikatakan oleh pelakon hebat Fauziah Datuk Ahmad Daud.
"Kami dulu pun belajar bertanya pada senior-senior kami. Kami jadi kawan. Saling hormat menghormati. Bila pengarah bagi arahan, fokus! Bukan masa tu baru nak hadap skrip. Ilmu tak akan datang sendiri. Kena gali (kata-kata Kak Ogy yang saya pegang sampai hari ni).
"Kena bertanya. Bukan dok sembang tengok siapa followers Instagram paling ramai! Followers ramai kat media sosial tidak bermakna anda bagus. Followers mungkin nak tengok gaya hidup kamu sahaja tapi hasil seni... KOSONG! Bila kena hentam mulalah nak meroyan," tulisnya lagi.
Arash juga mengingatkan pendatang baru yang menceburkan diri dalam bidang seni untuk tidak mencari populariti semata-mata.
"Jaga maruah diri. Jaga displin. Ingat, kita semua ada keluarga yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Bila di set, production team adalah keluarga anda. Tak kiralah apa posisi mereka. Hormat mereka.
"Ingat! Tanpa team prodution, anda bukan siapa-siapa. Jadikan bidang seni ini sebagai perkerjaan profesional anda. Bukan sebab nak cari glamour atau populariti! Saya sendiri masih mencari dan belajar. Kerana ilmu itu tidak akan habis pencariannya. Noktahnya... Bila kita dijemput Ilahi ke alam yang kekal. P/s : sekadar menegur untuk kebaikan," tulis Arash lagi.
Arash atau nama sebenarnya, Azman Shah Ramlee, 50, mula menceburkan diri dalam bidang hiburan semenjak tahun 1996 dan masih lagi menjadi pilihan pengarah serta produksi sehingga kini.
Kredit Foto: Instagram Arash
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar