Gaya Hidup
#FOODIESLIFE: 4 Kesan Buruk Jika Anak-Anak Suka Minum Minuman Manis
Anak-anak cukup sinonim dengan minuman manis, lebih-lebih lagi minuman dengan pelbagai perisa dan warna. Namun, sedar atau tidak, pengambilan gula yang berlebihan oleh anak-anak boleh menyebabkan beberapa masalah.
BERITA TRENDING: #FOODIESLIFE: Kurangkan Kesan Batuk Lepas Banyak Makan Limau
Jika tidak diatasi, masalah-masalah itu akan memberi impak negatif terhadap kesihatan anak-anak. Berikut merupakan beberapa kesan buruk yang mungkin dialami oleh si kecil jika mengambil gula pada kadar berlebihan.
Hilang selera makan
Dr I Gusti Ayu Nyoman Pratiwi berkata, anak yang terbiasa makan dan minum minuman manis cenderung hilang selera makan atau pun cepat kenyang.
“Anak yang minum manis bakal mengundang banyak masalah, salah satunya daripadanya selera makan menurun dan berasa sentiasa kenyang. Hal ini kerana, kadar gula dalam darahnya meningkat,” jelas Dr Pratiwi.
Munculnya kaviti pada gigi
Selain mengurangkan rasa lapar, pengambilan minuman bergula mampu meningkatkan potensi munculnya karies pada gigi. Karies gigi merupakan kerosakan pada gigi yang berlaku secara bertahap.
“Tabiat minum air manis tidak disertakan dengan rutin menggosok gigi boleh mengundang masalah karies pada gigi,” katanya lagi.
Justeru, Dr Pratiwi berpesan supaya ibu bapa menanamkan kepentingan rutin menggosok gigi pada anak-anak selepas menikmati makanan dan minuman manis.
Sugar rush
Istilah sugar rush sering dikenal sebagai keadaan seseorang akan menjadi lebih aktif setelah menikmati makanan atau minuman manis.
“Anak yang sering makan manis akan menjadi lebih aktif, bahkan kadang-kadang menjadi susah untuk tidur. Akibatnya anak boleh menjadi penat,” tambah Dr Pratiwi.
Sakit tekak
“Hal ini terjadi pada anak yang sensitif terhadap rasa manis sehingga mereka cenderung mengalami inflamasi di tekak, sehingga terjadinya batuk,” kongsinya lagi.
Sumber: Kompas