Gaya Hidup
#FoodiesLife: 7 Sebab Kay’s Steak & Lobster Elmina Port Makan Premium Wajib Singgah! Nasi Lemak Short Rib Berempah Patut Masuk Wishlist Korang
Buat peminat stik premium dan udang kara segar, Kay’s Steak & Lobster kini buka cawangan keempat di Elmina Temu, Shah Alam!
Kalau masih teragak-agak nak ke sini, nah 7 sebab kenapa lokasi ini wajib masuk bucket list korang!
#1 Port Makan ‘Semi Fine Dining’ Terbaru di Elmina!
Dengan lokasi strategik dan permintaan tinggi dari pelanggan, Kay’s Steak & Lobster pilih Elmina Temu sebagai destinasi baru buat peminat makanan premium, khususnya di pinggir Lembah Klang."Putra Heights adalah pusat operasi utama kami di bahagian barat, Conezion Putrajaya penuhi permintaan di selatan, dan Ampang untuk kawasan tengah. Kini, Elmina memenuhi keperluan pelanggan di bahagian utara Lembah Klang," kata Pengarah Urusan Kay’s Steak & Lobster, Muhammad Aizuddin Mohd Khalid.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2025/feb/astro_gempak_kays_steak-(1).jpg)
#2 Stik Premium & Udang Kara Hidup, Kualiti No.1!
Antara menu paling mendapat permintaan tinggi adalah Beef Wellington, yang dikatakan menjadi sebab utama ramai pelanggan meminta restoran ini dibuka di Elmina."Kami tak ada formula rahsia untuk bertahan. Sokongan pelanggan setia dan penggemar baru yang kembali menikmati hidangan kami adalah kunci kejayaan,” katanya.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2025/feb/astro_gempak_kays_steak-(3).jpg)
Antara tarikan lain di Kay’s Steak & Lobster:
✅ Udang Kara Hidup dari Maine, Boston & Kanada
✅ Stik Premium dari ladang terbaik di Australia (Stanbroke) – tidak dibekukan & dijamin halal
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2025/feb/astro_gempak_kays_steak-(2).jpg)
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2025/feb/astro_gempak_kays_steak-(4).jpg)
#3 Harga Mampu Milik Untuk Stik Premium
Jangan ingat semua makanan premium kena harga kayangan! 💰 Stik Ribeye bermula RM130 💰 Udang Kara sekitar RM300 (ikut berat) Berbaloi dengan kualiti dan pengalaman makan eksklusif yang ditawarkan.#4 Ruang Makan Eksklusif + Layanan 6 Bintang!
Nak makan dalam suasana lebih private? No problem! Cawangan Elmina sediakan ruang eksklusif untuk korang yang nak santai, celebrate birthday, anniversary atau special occasion.#5 Ramadan Specials! Nasi Lemak Lobster Berempah Pun Ada!
Sempena Ramadan, ada 2 menu istimewa bakal diperkenalkan: 🍛 Nasi Lemak Lobster Berempah 🍛 Nasi Lemak Rendang Short Rib Berempah Dah boleh start plan berbuka puasa kat sini!![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2025/feb/astro_gempak_kays_steak-(5).jpg)
#6 Dari Mula Dengan RM200K, Kini Bisnes RM14 Juta Setahun!
Siapa sangka, Kay’s Steak & Lobster bermula dari Putra Heights dengan modal RM200,000. Sekarang, nak buka satu cawangan baru je dah perlukan hampir RM1 juta! Tahun 2024 pula, mereka berjaya capai jualan RM14 juta dari semua outlet.#7 Next Stop – KLGCC, Johor Bahru & Pulau Pinang!
Kay’s Steak & Lobster tak berhenti di sini! 🔥 Ogos 2024 – Cawangan baru di KLGCC, KL 🔥 Suku pertama 2026 – Masuk Johor Bahru & Pulau PinangMust-Watch Video