Gaya Hidup

#FoodiesLife: "Ada Yang Turun Laut Kutip Hasil Seawal 2 Pagi" - Anggap Vendor Umpama Hero, Penganjur Seafood Festival 2024 Sasar 15,000 Pengunjung!

Amri Hassan
22/06/2024
05:55 MYT
Sponsor Banner
#FoodiesLife: "Ada Yang Turun Laut Kutip Hasil Seawal 2 Pagi" - Anggap Vendor Umpama Hero, Penganjur Seafood Festival 2024 Sasar 15,000 Pengunjung!
Penganjur Seafood Festival 20204 yang dibawakan khas oleh FriedChillies, Mohd Adly Rizal menyifatkan 15 vendor yang menyertai acara selama dua hari bermula hari ini di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur, sebagai selebriti kepada penggemar hidangan berasaskan hasil laut.
Kata Ketua Pegawai Eksekutif FriedChillies & Kaki Makan itu, penganjuran Nasi Kandaq Fest 2023 yang viral sebelum ini menjadi pembakar semangat untuk meneruskan acara berkonsepkan festival makanan namun kali ini mengetengahkan makanan laut (seafood).
"Bagi kami sebagai pencinta makanan, mereka adalah artis. Mereka ibarat hero kepada penggemar makanan berasaskan makanan laut (seafood) yang gigih berniaga siang dan malam.
"Malah, ada yang turun ke laut untuk mencari hasil laut yang segar demi acara hari ini.
"Jadi, kami mahu memperkenalkan mereka kepada semua. Itulah keunikan Seafood Festival 2024," katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: #FoodiesLife: Istimewa Untuk Peminat Tegar Seafood! Ini Senarai Vendor Yang Ada Di Fiesta Makan Hujung Minggu Ini…

Namun begitu, Adly mengakui kepentingan selebriti atau pempengaruh media sosial untuk tujuan pemasaran.
"Bagaimanapun, kami tidak menafikan pentingnya pengaruh selebriti sebagai salah satu rangka promosi, namun kami percaya adanya kelompok peminat makanan laut. Malah, kami sasarkan 15,000 pelanggan sepanjang dua hari berlangsung.
"Alhamdulillah, setakat ini sambutan yang diterima sangat menggalakkan," ujarnya.

BERITA TRENDING: #FoodiesLife: Craving Nasi Kandar? Ini Sebab Warga Kota KL Perlu Singgah Di 'Nasi Kandaq Fest' Hujung Minggu Ni

Ditanya tentang pemilihan seafood untuk tarikan karnival makanan kali ini, ini jawapan Adly.
"Kami sudah menganjurkan program seumpama ini lebih 10 tahun lalu. Kami bermula dengan perniagaan makanan nasi lemak, burger, ayam goreng, nasi kandar dan kami meneruskan acara dengan makanan hasil laut, Seafood Festival 2024.
"Orang rasa makanan seafood mahal, tapi untuk hari ini kebanyakan vendor kami menawarkan harga yang berpatutan namun masih mengekalkan kualiti terbaik.
"Malah, ada juga disediakan hidangan unik yang mesra muslim, kesemua 15 vendor menampilkan hidangan signatur tersendiri," tambahnya.
Antara vendor yang terlibat dalam Seafood Festival 2024 ialah Kingu Kongu, Seafood spread dari Ombak Kitchen, Grill Haven, Ikan Bakar Bellamy, Sushika, Crispy Chippy, Top Catch, Bolok Troops, Udang Galah dari MRos dan oyster segar dari Penang Oyster Park.

BERITA TRENDING: Jatuh Sakit, Kriss Hatta Minta Ibunda Bawakan Makanan Seafood dan Sup Kesukaan

BERITA TRENDING: This Seafood Restaurant Owner Wants You To Eat His RM7,500 Grouper

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar