Gaya Hidup
#FoodiesLife: Apa Rasa Makan Kulit Durian Cicah Sambal Merah? Aksi Berselera Lelaki Ini Ditonton Lebih 4.5 Juta Kali!
Sedapnya bila makan durian pastilah pada isinya, ada lemak, manis dan pengikat selera pasti kerana bau semerbaknya.
Namun, lain pula bagi seorang lelaki pemilik akaun @gamiyatravel yang selamba menjamu selera dengan memakan kulit durian sambil mencicah sambal merah!
Apalah rasanya ya?
Yang penting, video yang dikongsikannya di TikTok itu telah mendapat lebih 4.5 juta tontonan warganet seluruh dunia.
@gamiyatravel Duriyan
♬ original sound - Gamiya Travel
BERITA TRENDING: Jual Durian RM8 Sekilo, Netizen Puji Sikap Pemurah Aliff Syukri! - "Perangai Walau Kadang Mak Sendiri Tak Boleh Faham, Tapi Dia Bersedekah"
BERITA TRENDING: Sherry Cuba Masak Udang Masak Tempoyak | You Know Nothing About Cooking | EP12
BERITA TRENDING: James Wan Lepas Gian Pekena Durian & Laksa, Panjat Tangga Batu Caves!
Isi durian sebenarnya nikmat!
Di ruang komen video itu, ramai netizen memberi reaksi lucu melihat lelaki itu dengan berseleranya makan kulit buah durian.
Kebanyakannya berpendapat bahawa tindakan lelaki tersebut memakan kulit buah durian adalah salah dan dia seakan-akan tidak dapat menikmati isi buah durian tersebut.
“Aku rasa dia makan kulit durian, isi dia pergi buang," tulis seorang pengguna.
Broken?
Selain dari komen yang serius, ada juga yang sempat bergurau ketika melihat video tersebut dengan menyatakan; “Ooohh begitu rupanya cara to eat durians…”
Sumber: TikTok Gamiya Travel