Laman Utama

#Foodieslife: Dijangkiti Varian Omicron? Ini Senarai Makanan Yang Perlu Dihindari Sepanjang Proses Penyembuhan

Izwan Isa
13/02/2022
07:50 MYT
Sponsor Banner
#Foodieslife: Dijangkiti Varian Omicron? Ini Senarai Makanan Yang Perlu Dihindari Sepanjang Proses Penyembuhan
Umum mengetahui varian Omicron merupakan varian yang menjadi penyebab kepada kenaikan mendadak jumlah kes positif COVID-19 sejak kebelakangan ini.
Memetik laporan Kompas, Doktor Pakar Paru-Paru, Erlina Burhan menerusi sebuah diskusi memberitahu yang gejala-gejala umum varian ini seperti hidung tersumbat, batuk, sakit dan gatal tekak serta sakit otot.
Menurut beliau, pesakit yang terjangkit varian Omicron tidak perlu cemas, sebaliknya memberi fokus terhadap diri sendiri dalam menjalani rutin seharian yang lebih sihat dan mengambil makanan-makanan bergizi agar dapat meningkatkan daya tubuh badan.
Begitupun, ada beberapa jenis makanan yang sepatutnya dielakkan oleh pesakit COVID-19 varian Omicron kerana dikhuatiri dapat memburukkan lagi keadaan. Berikut merupakan senarai makanan yang perlu dielakkan jika anda sedang menjalani kuarantin bagi proses penyembuhan:
Buah oren
Robert G. Lahita, Pengarah Institut Penyakit Autoimun dan Sakit Sendi di Saint Joseph Health yang juga penulis Immunity Strong berkata, meskipun dapat membantu mengelakkan demam, namun buah oren harus dihindari kerana menambahkan kesakitan jika seseorang itu bergejala sakit tekak.
Minuman beralkohol
Robert juga memberitahu yang selain buah oren, minuman beralkohol juga tidak seharusnya dinikmati ketika dalam proses pemulihan memandangkan ia bersifat tajam dan mampu memberi lebih kesakitan terhadap tekak.
Makanan ringan
Makanan dalam bungkusan yang telah diproses atau makanan ringan perlu dielakkan oleh penghidap Omicron. Hal ini kerana, makanan seperti ini mengandungi natrium tinggi, penuh bahan pengawet dan gula tambahan. Jika anda mengambil makanan seperti kerepek kentang, ia makan menyebabkan keradangan yang dapat mengganggu proses penyembuhan.
Daging merah
Makanan selanjutnya yang perlu dihindari ketika dijangkiti Omicron adalah daging merah. Daging jenis ini kaya dengan lemak tepu yang dapat meningkatkan keradangan. Sebaiknya, gantikan sumber protein dengan ikan salmon.
Makanan bergoreng
Makanan yang digoreng memiliki kadar lemak tinggi. Jika diambil secara berlebihan, makanan ini dapat meningkatkan beban pada sistem kekebalan tubuh. Makanan yang digoreng juga mempunyai impak negatif terhadap mikrobioma usus.
Kredit foto: Emiliano Vittoriosi. dhanya purohit, Clint Bustrillos (Unsplash)
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar