#Foodieslife: Hati-Hati! Jangan Main Makan, Cendawan Pun Ada Yang Beracun
Cendawan merupakan antara makanan digemari rakyat Malaysia namun korang tahu tak sebenarnya tidak semua jenis yang boleh disuap ke dalam mulut.
Baru-baru ini ada kes di mana satu keluarga dikejarkan ke hospital gara-gara termakan cendawan beracun.
Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga, pengetahuan tentang cara untuk mengenal pasti jenis cendawan sama ada ia beracun atau tidak amat penting.
Lagi-lagi sekarang pula musim hujan jadi benyak cendawan yang tumbuh di sekitar kawasan rumah.
Hati-hati, jangan petik cendawan yang tidak diketahui dan terus makan.
Public Health Malaysia juga telah memberikan beberapa tips sebagai langkah berjaga-jaga.
Sekiranya korang termakan cendawan yang beracun, berikut merupakan tanda-tandanya dan segeralah ke klinik atau hospital berdekatan.
Antara kejadian keracunan yang sering berlaku adalah jenis Chlorophyllum Molybdites kerana sama seperti Cendawan Busut.
Toksin atau racun dari cendawan liar apabila dimakan boleh menyebabkan:
1. Loya, muntah dan cirit birit.
3. Sebahagian toksin mempunyai kesan jangka panjang seperti kegagalan buah pinggang (kidney injury).
4. Kesan toksin cendawan yang teruk boleh menyebabkan kematian.
Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, ini merupakan tips untuk korang.
1. Antara langkah yang boleh di lakukan adalah dengan mengelakkan dari memetik dan makan cendawan yang tidak di ketahui.
2. Ketahui reputasi dan penjual cendawan atau lebih selamat beli dari pembekal komersil
#Foodieslife semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat.