Laman Utama

#Foodieslife: Hati-Hati, Jangan Panaskan 5 Makanan Ini Dalam Microwave!

Izwan Isa
28/05/2022
12:50 MYT
Sponsor Banner
#Foodieslife: Hati-Hati, Jangan Panaskan 5 Makanan Ini Dalam Microwave!

Ketuhar gelombang mikro atau microwave merupakan perkakasan dapur versatil yang sering digunakan untuk memasak dan selalunya menjadi tempat memanaskan makanan.

Namun, tahukah anda tidak semua jenis makanan boleh dimasukkan dalam microwave? Apakah jenis makanan itu? Jom semak!
Cili Cili mengandungi sebatian dipanggil capsaicin yang menjadi sumber rasa pedas. Apabila dipanaskan, capsaicin dalam cili akan tersejat, merebak dan terperangkap dalam ketuhar gelombang mikro yang bertutup. Jika pintu gelombang mikro dibuka, asap yang mengandungi capsaicin boleh merengsakan paru-paru, tekak, mata dan hidung.
Telur Rebus Apabila dipanaskan dalam microwave dan terus dipotong, telur rebus boleh meledak dan menyebabkan ruangan dapur menjadi kotor. Hal ini disebabkan keberadaan wap dalam telur rebus yang tidak boleh dilepaskan menerusi putih telur sehingga menjadi satu bentuk tekanan.
Air Nak panaskan air? Baik gunakan cerek atau pemanas air biasa. Memanaskan air menggunakan microwave menyebabkan air benar-benar menjadi panas dan jika tidak diuruskan dengan betul, air boleh tertumpah dan menyebabkan tangan kita melecur.
Kentang Lebihan Kentang sering menjadi rumah bagi bakteria botulisme, atau Clostridium botulinum. Bakteria ini akan berkembang biak jika kentang telah dimasak tetapi tidak disimpan di peti sejuk dalam kadar segera. Memanaskan kentang lebihan dalam microwave tidak akan membunuh dan boleh membahayakan kesihatan.
Sos Tomato Memanaskan sos tomato dalam microwave biasanya akan menyebabkan banyak percikan. Hal ini kerana, wap yang ada dalam sos tidak dapat dikeluarkan menerusi keadaan sos yang pekat. Tidak sampai beberapa minit, sos boleh meletus dan menyebabkan keadaan dapur menjadi kotor dan kemungkinan menyebabkan kulit pengendali makanan melecur.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar