Laman Utama

#Foodieslife: Ini Sebab Kenapa Perokok Selalu Minum Kopi Pada Waktu Pagi

Izwan Isa
21/08/2022
11:50 MYT
Sponsor Banner
#Foodieslife: Ini Sebab Kenapa Perokok Selalu Minum Kopi Pada Waktu Pagi
Setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk memulakan rutin harian. Selain bersarapan, ada juga segelintir yang turut merokok sambil menikmati secawa kopi. Seperti kombinasi kedua elemen ini membuahkan rasa sempurna sebelum sebarang aktiviti dimulakan.
Jadi, apa yang membuat perokok selalu mahukan di pagi hari? Sebuah kajian terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari University of Florida dapat menjelaskan alasan terhadap pemilihan ‘menu’ berkenaan secara ilmiah.
Menurut hasil kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal Neuropharmacology, sebatian kimia yang ditemukan dalam biji kopi panggang meringankan efek mengidam nikotin di pagi hari.
Menerusi pendekatan berasaskan sel, penyelidik dapat mengenal pasti dua sebatian kopi yang kelihatan secara langsung mempengaruhi reseptor nikotin tertentu yang sangat sensitif dalam otak. Bagi perokok harian, reseptor ini akan menjadi hipersensitif selepas menghabiskan malam yang panjang tanpa nikotin.
Walaupun penemuan itu belum lagi dikaji dan diuji pada manusia, seorang profesor farmakologi di Kolej Perubatan UF, Roger L. Papke, PhD, berkata, penyelidikan ini merupakan langkah utama dalam memahami cara kafein dan nikotin bekerjasama untuk mempengaruhi reseptor nikotin.
"Ramai orang suka kafein pada waktu pagi, tetapi terdapat molekul lain dalam kopi yang mungkin menjelaskan mengapa perokok mengidam kopi, " jelasnya.
Bagi kajian berkenaan, pasukan penyelidik juga menggunakan biji kopi panggang yang lebih gelap pada sekumpulan sel, yang mengekspresikan reseptor nikotin pada manusia.
Hasilnya, sebatian kimia organik khusus yang terdapat dalam kopi boleh membantu membalikkan reseptor nikotin tidak berfungsi yang menyebabkan keinginan nikotin dalam perokok biasa.
Pape juga menyebut bahawa salah satu sebatian kopi iaitu nMP boleh membantu menahan keinginan untuk rokok pada waktu pagi dengan memulihkan disfungsi reseptor nikotin.
Dia juga tertarik dengan idea bahawa kebanyakan perokok harian biasanya menggabungkan tembakau dengan kopi pada waktu pagi dan tembakau dengan alkohol pada waktu petang. Bagaimanapun, tidak seperti kajian terdahulu mengenai kesan alkohol, kali ini para penyelidik kurang memberi tumpuan kepada kesan kopi pada reseptor nikotin.
Justeru, hipotesis tentang kesan kopi terhadap mengurangkan keinginan merokok pada waktu pagi masih memerlukan bukti lanjut daripada kajian lanjut.
"Ramai orang mencari kopi pada waktu pagi kerana kafein. Tetapi adakah kopi melakukan apa-apa lagi untuk perokok?"
"Kita masih perlu tahu sama ada terdapat apa-apa lagi dalam kopi yang mempengaruhi reseptor nikotin otak," tambah Papke.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar