Terkini

#FOODIESLIFE: Lepas Kek Tapak Kuda, Kini Hadir Pula Kek Tapak Gajah? Netizen Cemas Pengguna Tak Hirau Kandungan Gula Dalam Makanan!

Gempak
20/01/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
#FOODIESLIFE: Lepas Kek Tapak Kuda, Kini Hadir Pula Kek Tapak Gajah? Netizen Cemas Pengguna Tak Hirau Kandungan Gula Dalam Makanan!
Tiada angin tiada ribut, pencuci mulut Kek Tapak Kuda tular dalam kalangan netizen. Hal ini mungkin kerana ia bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi memiliki pelbagai inti yang menarik perhatian penggemar makanan manis.
Namun, baru-baru ini, tular pula Kek Tapak Kuda yang saizkan berganda daripada saiz asal. Lebih menarik, pencuci mulut itu diberi gelaran Kek Tapak Gajah.
Begitupun, penghasilan Kek Tapak Gajah dilihat memerlukan inti yang sangat banyak, dan ia sekaligus mencuit rasa risau dalam kalangan netizen.
Berikut merupakan komen yang diberikan oleh pengguna platform X mengenai Kek Tapak Gajah:
Mengikut resipi, Kek Tapak Kuda dihasilkan sama dengan kek lain, cuma ia digulung dengan inti meleleh. Kebiasaannya, inti Nutella merupakan inti paling popular dalam kalangan peminat kek ini.

BERITA TRENDING: “Luaran Cantik Sampai Dalam…” Niat Nak Cuba Kek Tapak Kuda Terbantut, Inti Dalaman Rupa-Rupanya...

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar