Laman Utama

#FoodiesLife: Nak WFH, Nak Jaga Anak ... Ini Cara Masak Paling Cepat, 15 Minit Dah Siap!

Zulaikha Yusof
21/02/2021
08:30 MYT
Sponsor Banner
#FoodiesLife: Nak WFH, Nak Jaga Anak ... Ini Cara Masak Paling Cepat, 15 Minit Dah Siap!
Nota: #FoodiesLife adalah kolum baharu yang diperkenalkan oleh Astro Gempak. Ia merupakan satu artikel yang menceritakan dari pelbagai sudut tentang makanan. Bukan hanya tertumpu kepada resipi sahaja. Kalau nak tahu apa topik yang menjadi pilihan, nantikan pada hari Ahad. Selamat membaca dan terima kasih kerana memberi sokongan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Memasak bukan satu perkara yang mudah kerana banyak proses yang perlu dilakukan seperti menyiang, membasuh, menggoreng dan mengemas.
Disebabkan itu, rata-rata lelaki atau wanita berasa kurang bersemangat kerana mereka menganggap leceh untuk memasak.
Namun, sekiranya bijak menguruskan masa dan bahan-bahan, semua benda boleh jadi mudah dan cepat.
Tau ramai yang bertambah sibuk, lagi-lagi dengan norma baharu disebabkan pandemik Covid-19 ini.
Di sini, #FoodiesLife kongsikan lima tips mudah untuk masak dengan cepat:
1. Beli Barang Dapur Setiap Hujung Minggu
Sabtu dan Ahad adalah hari yang sesuai untuk keluar beli barang dapur. Pastikan ayam, ikan, udang dan sotong dibeli mengikut jumlah diperlukan contohnya untuk stok seminggu.
2. Bersihkan Bahan Basah
Bersihkan ayam, udang dan sotong manakala ikan pula disiang. Tetapi ikan jangan dibasuh, boleh cepat rosak walaupun dibekukan (frozen).
Selepas itu, bekaskan mengikut jenis dan kuantiti. Contohnya, sehari kita perlukan dua ekor ikan, jangan pula sebekas itu ada 10 ekor ikan.
Sebabnya, apabila kita mencairbekukan (defrost), seeloknya terus dimasak. Kalau terlalu kerap keluar peti sejuk, boleh mengundang toksik.
3. Sediakan Bahan Masak
Rajinkan diri untuk kopek bawang besar, bawang putih dan bawang merah. Kemudian, masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk.
Untuk cili kering, terus rebus dan kisar mengikut kuantiti yang akan digunakan. Selepas itu, tumis cili kerana ia menggunakan masa yang lama untuk pecah minyak.
Bekaskan dan simpan dalam peti ais, paling lama boleh bertahan dalam seminggu.
4. Menu Masakan
Sediakan menu masakan untuk seminggu. Ini yang paling penting.
Buat perancangan awal untuk mencari menu di laman Google dan Facebook (FB). Sebenarnya, kita selalu bazirkan masa dengan fikir menu masakan. Itu yang lambat masuk dapur.
5. Susun & Ikut Turutan Memasak
Bila nak mula memasak, semak senarai menu dan buat pilihan.
Masak nasi dulu sebab ia menggunakan masa yang lama. Perkara ini selalu terjadi apabila lauk dah siap tetapi nasi belum masak. Dah kena tahan lapar..
Kalau boleh jadi seorang yang multitasking. Jangan hanya buat satu benda sahaja! Kalau ada dua tungku dapur, guna serentak dengan api yang perlahan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar