Laman Utama

#FOODIESLIFE: Netizen Terkejut Pelancong Indonesia Bayar RM15 Untuk Sepinggan Indomie Di Jalan Alor

Izwan Isa
07/11/2023
07:55 MYT
Sponsor Banner
#FOODIESLIFE: Netizen Terkejut Pelancong Indonesia Bayar RM15 Untuk Sepinggan Indomie Di Jalan Alor
Seorang pelancong dari Indonesia memuat naik sepotong video yang merakamkan dirinya berjalan ‘memburu’ makanan ketika berada di ibu kota.
Lokasi pilihannya, Jalan Alor, syurga makanan yang terletak berhampiran dengan Bukit Bintang.

BERITA TRENDING: #FOODIESLIFE: Netizen Terkejut Peniaga Jual Telur Dadar Harga RM13

Menerusi video berkenaan, lelaki itu memberitahu yang banyak kedai makanan menawarkan pelbagai jenis makanan. Cuma perlu berhati-hati kerana ada peniaga yang turut menawarkan hidangan dengan daging khinzir. Setelah lama berjalan, lelaki berkenaan berhenti di sebuah gerai kerana tertarik untuk mencuba hidangan mi segera yang berasal dari negaranya, Indomie goreng. Dia kemudian membayar RM15 untuk satu hidangan dengan ayam goreng dan RM4 untuk segelas teh o ais.
Menurutnya, rasa mi segera itu sedikit berbeza berbanding di negaranya. Kata lelaki itu, tekstur mi yang dimakan di sini lebih padat serta perencah yang digunakan tidak sama dengan Indomie di Indonesia.
Meninjau ruangan komen di platform X, ada yang mendakwa lelaki itu telah ditipu kerana dikenakan harga yang agak mahal untuk sepinggan mi segera. Namun, ada juga yang berkata harga berkenaan sepadan dengan lokasi tempat lelaki berkenaan menjamu selera.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar