Laman Utama
#Foodieslife: Oh! Ini Rupanya Maksud Warna Tag Berbeza Pada Roti, Bolehlah Bantu Beli Yang Fresh!
Boleh dikatakan roti merupakan antara makanan wajib perlu ada di rumah kerana boleh cara penyediaannya yang on the go.
Apa jua hidangan mudah dan cepat dapat disediakan seperti roti disapu dengan mentega atau jem, sandwish atau hanya sekadar cicah bersama air kopi pun sudah mencukupi.
Boleh dikatakan roti ini hero lah kerana menjadi penyendal ketika perut lapar sementara menunggu hidangan utama disediakan.
Namun korang yang penggemar roti ini perasan tak, kalau membeli roti pasti terdapat perbezaan warna pada tanda harga tag itu.
Pernah tak terfikir kenapa tag itu mempunyai warna berbeza?
Sebenarnya warna tag harga yang berbeza-beza itu mempunyai maksud yang tersendiri bagi setiap satu darinya tau.
Kalau nak tahu setiap warna G-lock roti itu sebenarnya membawa maksud HARI roti itu dihasilkan. Contohnya setiap Isnin, tagnya akan menjadi warna coklat, Selasa pula berwarna Oren dan begitulah selanjutnya.
Satiap jenama roti mempunyai warna dan maksud yang berbeza. Untuk kali ini #Foodieslife berkongsi tentang roti kegemaran ramai, Gardenia.
#Isnin – Tan
#Selasa – Oren
#Rabu – Kuning
#Khamis – Biru
#Jumaat – Hijau
#Sabtu – Merah
#Ahad – Putih
Semua warna di atas disebut sebagai The Colour of Freshness. Namun harus diingatkan sekali lagi, sesetengah syarikat pengeluar lain menggunakan warna mereka yang tersendiri untuk tujuan yang pelbagai.
Jadi selepas ini korang bolehlah tengok dulu warna pada tag, secara tidak langsung ia juga dapat membantu kita membeli roti yang lebih segar.
#Foodieslife harap perkongsian ini dapat membantu penggemar makanan sama seperti kami heheh.
Kredit foto: Shutterstock white bread / Gardenia tag
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOTA: #FoodiesLife merupakan satu kolum yang menceritakan pelbagai sudut tentang makanan. Bukan hanya tertumpu kepada resipi sahaja tetapi segalanya yang berkaitan dengan makanan. Food is Love!