Gaya Hidup
#FoodiesLife: Restoran Sisik Sedia 150 Juadah Lazat Sempena Ramadan! Patin Masak Tempoyak Durian Fresh Antara Menu Wajib Try
Menawarkan lebih 150 hidangan lazat di lokasi strategik Kelab Shah Alam, Seksyen 13, Restoran Sisik menjadi pilihan ideal untuk berbuka puasa.
Terletak di atas bukit dengan suasana eksklusif, restoran ini menyajikan pelbagai juadah dari masakan tradisional hingga hidangan istimewa yang menggamit selera.
Antara menu utama yang bakal memikat pelanggan termasuk ikan patin masak tempoyak durian fresh, ikan bakar, kambing gril, gulai kawah, daging salai lemak, udang dan sotong goreng tepung, serta nasi kenduri.
Semua hidangan ini disediakan dengan bahan segar dan resipi asli yang telah mendapat sambutan hangat.
Sisik Royal Buffet
Bermula 4 Mac 2025, Sisik Royal Buffet menawarkan pengalaman berbuka puasa yang istimewa pada harga early bird RM89 untuk tempahan sebelum 12 Februari 2025.
Bagi pelanggan yang membuat tempahan sehingga sehari sebelum Ramadan, harga promo adalah RM97, manakala harga asal untuk dewasa ialah RM119, dan kanak-kanak hanya RM69.
Reputasi kukuh Sejak 2011
Menurut Pengarah Urusan Sisik, Noralinda Norjaya, restoran ini telah berkembang pesat sejak mula beroperasi di Klang pada tahun 2011 sebelum berpindah ke Shah Alam empat tahun lalu.
Tahun ini, Sisik buat pertama kalinya menawarkan pakej buffet Ramadan, setelah menerima permintaan tinggi daripada pelanggan yang sebelum ini hanya boleh membuat tempahan awal.
“Ini adalah tahun keempat Sisik beroperasi di Kelab Shah Alam, dan kali pertama kami memperkenalkan pakej buffet berbuka puasa. Lokasi ini sangat sesuai kerana mempunyai kawasan parkir luas, surau, dan tandas yang bersih, memberikan keselesaan kepada pelanggan,” jelas Noralinda.
Dengan kapasiti ruang yang mampu menampung 400 pelanggan dalam satu masa, termasuk bilik berhawa dingin, Sisik memastikan pengalaman berbuka yang selesa dan eksklusif.
Trademark ikan bakar terbaik
Restoran ini tetap mengekalkan trademark sebagai penyaji ikan bakar terbaik, dengan tukang masak berpengalaman memanggang makanan laut segar secara langsung di hadapan pelanggan.
Antara hidangan istimewa yang menjadi kegemaran pelanggan termasuk:
✅ Patin Tempoyak Air Bukit – ‘Bintang’ utama buffet ini yang pasti membuatkan pelanggan datang semula.
✅ Sotong dan udang segar diperap dengan sambal tradisi sebelum dibakar sempurna.
✅ Nasi kenduri dengan ayam merah dan jelatah, serta lauk-pauk Melayu yang dilengkapi pelbagai jenis sambal.
✅ Aneka mi seperti laksa dan takoyaki, serta seleksi seafood goreng tepung yang rangup dan lazat.
✅ Kuih-muih tradisional Melayu bersama kek, dessert, bubur manis, dan rojak buah sebagai pencuci mulut.
Dari RM12 ke RM30,000 Sehari
Mengimbas kembali permulaan perniagaannya 13 tahun lalu, Noralinda mendedahkan bahawa pada hari pertama Sisik beroperasi, mereka hanya memperoleh RM12.
Namun, dengan usaha gigih dan kerja berpasukan, kini Restoran Sisik mencatatkan purata jualan harian sekitar RM30,000, membuktikan jenama ini semakin mendapat tempat di hati pelanggan.
Bagi yang ingin menikmati buffet berbuka puasa di Restoran Sisik, tempah sekarang untuk mendapatkan harga early bird RM89 sebelum 12 Februari 2025.
Layari www.sisikmedanikanbakar.com untuk maklumat lanjut dan tempahan.
Jangan lepaskan peluang merasai hidangan eksklusif dengan suasana berbuka yang selesa dan memikat selera!