Gaya Hidup
#FOODIESLIFE: Unik! Croissant Ketupat Ini Raih Perhatian Netizen
Bila tibanya bulan puasa, antara perkara yang paling ditunggu-tunggu sudah pasti jualan juadah berbuka puasa dan kemeriahan bazar Ramadan.
Namun, tidak kurang juga kemunculan makanan-makanan unik, bertepatan dengan selera tempatan dan juga kedatangan bulan yang mulia ini.
Croipat
Terbaharu, Kafe Olios berjaya menarik perhatian umum apabila melancarkan pastri croissant eksentrik yang bertemakan makanan ikonik iaitu ketupat.
Mengikut bentuk ketupat, lengkap dengan rona hijau, croissant yang dipanggi ‘Croipat’ itu dijual pada harga RM14 sebiji.
Menariknya, Croipat yang dibikin sendiri oleh Kafe Olios itu bukanlah sekadar pastri kosong. Menurut komen-komen yang ditinggalkan oleh pemilik kafe, difahamkan Croipat tersedia dengan inti rendang daging.
Berbeza
Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen menzahirkan rasa teruja mahu mencuba Croipat yang dianggap berbeza daripada croissant lain.
Selain itu, difahamkan Croipat ini mungkin akan dijual sungguhpun bulan Syawal telah berakhir kelak.
Sumber: Kafe Olios, All About Tastes