Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

#FOODIESLIFE: Wanita Ini Tak Sedar Masak Cendawan Beracun, Suami Lemah Longlai Lepas Jamah Lauk Makan Tengah Hari

Izwan Isa 15/07/2023 | 12:50 MYT

Sepotong video viral di media sosial menyaksikan seorang wanita bercerita mengenai situasi cemas yang dialami selepas memasak cendawan yang dikutip di luar rumah.

Menerusi video yang dikongsikan semula di Twitter itu, wanita berkenaan menjelaskan dia, suami serta anaknya dikejarkan ke hospital gara-gara lauk cendawan yang dimasak untuk makan tengah hari itu rupa-rupanya beracun.
“Semalam aku masak cendawan untuk tengah hari. Lepas makan, korang tahu tak kita anak beranak dikejarkan ke hospital? Tak sangka sangat. Cerita dia suami aku cabut cendawan yang tumbuh tepi rumah. Tak banyak pun, dalam 10 kaki cendawan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya ambil dan buat video macam biasa, konon nak buat content masak-masak. Bila saya teliti cendawan tu, saya tengok dia macam cendawan busuk… Tapi bukan, nampak gebu macam pau, lembut sangat,” katanya.
Menurut wanita berkenaan, cendawan itu mempunyai ‘cincin’ di tengah-tengah batangnya. Sungguhpun ragu-ragu, dia meneruskan juga proses mencuci.
“Saya pun ragu-ragu juga masa ni tapi teruskan, sebab dah lama tak makan cendawan. Saya tengok lain macam cendawan tu… dia ada debu-debu, spora. Saya tertanya, boleh makan ke? Ulat pun tiada masa saya bersihkan. Tapi saya teruskan juga.
“Masa tumis tu, saya letak air sebab nak bagi ada kuah. Waktu mendidih, saya tengok kuah dia berubah warna jadi hijau pucat. Saya cuba rasa… ok, sedap macam cendawan busut.
“Tapi lepas makan tu sakit, saya check Google, sah cendawan tu tak boleh makan, beracun. Suami saya terus suruh buang cendawan tu sebelum anak-anak saya lain makan. Saya panik, suami saya terus lemah longlai, tak boleh memandu. Saya terus telefon ambulans.
“Saya minta tolong dengan kamu semua, kongsi video saya ini, sebarkan. Supaya kita dapat kenal pasti cendawan yang mana boleh makan, yang mana tak boleh makan,” katanya.
Meninjau ruangan komen, ada dalam kalangan netizen yang mendakwa cendawan tersebut sama bentuknya dengan cendawan beracun yang dipanggil False Parasol.
“Bila check video, cendawan ini sama rupanya dengan cendawan beracun False Parasol. Ia akan sebabkan muntah, sakit perut dan cirit.
“Beza ketara, cendawan beracun ini tumbuh di tanah lapang dan cendawan yang tak beracun (agak sama rupa) tumbuh ditempat teduh tersembunyi di hutan,” katanya.

#Cendawan #FoodiesLife #Beracun
;