HIBURAN
Forteen Bertiga Untuk Single Baharu Diam Saja
Forteen yang kini dianggotai oleh tiga orang iaitu Ariz, One dan Ameer baru sahaja menghasilkan single terbaharu kumpulan mereka yang bertajuk Diam Saja.
Lagu tersebut adalah ciptaan Adam Armin dan Yusuf Khan, manakala liriknya ditulis bersama mereka dan ahli kumpulan Forteen.
Ketika dihubungi oleh Gempak, Ariz berkata single tersebut sudah boleh didapati di semua platform digital.
"Video lirik untuk lagu Diam Saja juga sudah ada di saluran YouTube Indigital Music.
"Video untuk lagu ini masih dalam proses dan akan ada cameo istimewa di dalamnya," katanya berahsia tentang siapa kemunculan istimewa itu.
Menurut Ariz lagi, lagi ini merupakan lagu baru dan bukannya lagu yang dirancang untuk dilancarkan sebelum ini.
"Ini single yang baru. Single yang kami hasilkan ketika Gegar Vaganza belum dikeluarkan lagi kerana ketika itu Izzue Islam masih bersama kumpulan Forteen.
"Lebih mudah untuk menghasilkan single baru bersama-sama One dan Ameer yang masih lagi bersama Forteen," komen Ariz.
Menurut Ariz, belum ada perancangan tentang single yang dihasilkan sebelum ini.
"Macam yang dikatakan, single itu belum digunakan lagi buat masa sekarang. Tak tahulah kalau di masa hadapan," kata Ariz.
Single Diam Saja dipersembahkan buat pertama kali oleh kumpulan Forteen ketika majlis resepsi perkahwinan Ameer dan pasangannnya Naja.
Kredit Gambar: Instagram
Must-Watch Video