Nusantara

FOTO: Anak Hetty Koes Endang Bertunang Ikut SOP, Siap Pakai Face Shield

Mya Amri
23/06/2020
13:06 MYT
Sponsor Banner
FOTO: Anak Hetty Koes Endang Bertunang Ikut SOP, Siap Pakai Face Shield
Anak perempuan kepada penyanyi lagenda Indonesia dan bekas juri Gegar Vaganza 2019, Hetty Koes Endang, Afiqah Qomariah selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Fildo.
Majlis pertunangan itu dilangsungkan secara sederhana bertempat di daerah BSD, Tangerang Selatan, semalam.
Berlangsung pada musim wabak pandamik COVID-19, keluarga Hetty menerapkan penekanan dari aspek protokol kesihatan yang ketat begitu juga dengan keluarga menantunya.
Setiap kerusi diberi jarak minimal satu meter, seluruh tetamu dan juga petugas majlis perlu memakai topeng muka.
Manakala ibu bapa kedua-dua belah pihak juga dikehendaki memakai alat pelindungan wajah (face shield). Dimaklumkan juga seminggu sebelum majlis berlangsung, Faldo dan keluarganya telah melakukan rapid test atau ujian swab COVID-19 terlebih dahulu.
Dalam pada itu, Afiqah juga memaklumkan bahawa majlis pertunangan yang sepatutnya dijalankan sebelum ini tertunda akibat COVID-19.
Afiqah dan Faldo akan disatukan dalam majlis perkahwinan pada 21 November depan.
Turut berlangsung pada hari yang sama adalah majlis resepsi pasangan berkenaan.
Di sini Gempak kongsikan foto-foto majlis pertunangan Afiqah dan Faldo.
Mappettuada / Lamaran [210620] . Tanpa mengurangi rasa hormat, dalam situasi yang cukup memprihatinkan di seluruh dunia ini, aku dan @faldoarsnd ingin tetap membagikan berita positif untuk seluruh orang yang mendengar ini. . Tidak ada kata selain mengucap syukur kepada Allah SWT, dan terimakasih banyak untuk seluruh keluarga, kerabat tersayang, seluruh vendor, dan semua yang terlibat dalam acara. . Pemilihin Adat Bugis Makassar sebagai konsep utama yang sangat aku kagumi, itu merupakan Adat dari Ayah Afi sendiri. Perjalanan menuju hari spesial kemarin, banyak sekali rintangan yang alhamdullillah diberikan jalan sampai terlaksana dengan lancar. Walaupun ini adalah hari yang tertunda, tapi tertunda demi kebaikan bersama. . Dengan ini kami berharap agar bisa melangkah menuju hari-h dengan lancar, jauh dari masalah dan godaan. Mohon doa dan support dari semua ? - #FallforAfi - Creds: MUA & Hair do: @slamwiyono ?? Attire: @suryaabduh ?? Attire: @svarna_byikatindonesia Accessories: @massicot_ / @massicot_bridal Decoration: @keolaproject WO: @smlpremiumevents Pemangku adat: @puritiara.andidiana Seserahan: @seserahan.by.kinn @lacebyartkea Catering: @dintaifungindo Photo&Videography: @kisahketika Nail art: @jewelbeautyofficial
A post shared by ?? (@afifahyusuf) on
Tahniah bunda, Gempak ucapkan selamat menerima menantu.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024