Berita

Foto Bercumbu Dikecam, Hunny Madu Dedah Sudah Menikah Dengan Kekasih

Syafiqah Jalal
09/10/2020
08:53 MYT
Sponsor Banner
Foto Bercumbu Dikecam, Hunny Madu Dedah Sudah Menikah Dengan Kekasih
Pengacara dan penyanyi, Hunny Madu akhirnya mendedahkan sebenarnya dia sudah selamat bergelar isteri kepada kekasihnya, Fedrighi Francesco beberapa bulan lalu.
Kepada Gempak, Hunny Madu mengumumkan mereka sah bergelar suami isteri selepas menikah pada 2 Mei 2020.
Perkahwinan tersebut berlangsung ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diadakan secara atas talian.
BACA: “Hubungan Kami Serius…”- Hunny Madu Bakal Umum Kahwin Jika…
“Sebenarnya selepas saya memberi kenyataan kepada Astro Gempak, saya tak sangka ada artikel lain yang keluar dengan tajuk yang tidak senonoh seperti 'Tayang Foto Bercumbu Dan…”
“Ia telah menimbulkan fitnah dan nama baik keluarga saya tercalar tapi saya terima kenyataan tersebut," katanya kepada Gempak sebentar tadi.
Hunny Madu kemudian mengatakan mungkin ini masa yang sesuai untuk saya umumkan berita baik.
“Pada 2 Mei lalu, ketika kita sedang berada dalam tempoh PKP saya dan Francesco telah melangsungkan perkahwinan.
“Kami adakannya secara kecil-kecillan di rumah ibu bapa saya dengan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.
“Ketika itu kami hanya beritahu khabar bahagia ini kepada keluarga terdekat serta rakan yang rapat dengan saya," jelas Hunny Madu.
Sebelum ini Gempak ada menulis mengenai hubungan Hunny Madu dan jejaka tersebut. Namun Hunny Madu memilih untuk mengatakan masih dalam fasa bercinta.
Rapper ini juga mengungkapkan dia tidak pernah mahu merahsikan pernikahannya dengan Fedrighi.
“Cuma kami ada sebab tersendiri mengapa tidak memberitahunya lebih awal,” katanya.
Terdahulu, Hunny Madu telah memuat naik fotonya bercumbu dengan Francesco ketika sedang bercuti bersama keluarganya di Langkawi.
Hunny Madu bagaimana pun bersyukur kerana dia disatukan selepas Francesco memeluk agama Islam pada 27 Februari lalu.
“Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan Francesco juga telah memeluk Islam tiga bulan sebelum pernikahan kami.
“Insya-Allah kami akan adakan majlis resepsi bila pandemic ini reda,” katanya lagi.
Francesco merupakan cef antarabangsa yang berasal dari Itali dan bertugas di sebuah restoran mewah ibu kota sejak 2018.
Hunny Madu atau nama sebenarnya, Hani Farhana Mohd Hatim, 36, telah mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar pada 2010 dan bercerai pada Oktober 2018.
Pasangan itu dikurniakan dua orang anak iaitu Adam Musa, 3, dan Eva Medina, 7.
Instagram: @hunnymadu
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar