Hollywood

[FOTO] Dah Nak Bersalin, Gambar-Gambar Maternity Shoot Gigi Hadid Jadi Bualan Netizen

Amri Hassan
27/08/2020
10:17 MYT
Sponsor Banner
[FOTO] Dah Nak Bersalin, Gambar-Gambar Maternity Shoot Gigi Hadid Jadi Bualan Netizen
Model jelita Gigi Hadid mencuri tumpuan ramai apabila tiba-tiba memuat naik beberapa siri foto maternity shoot di akaun Instagramnya.
Menerusi foto terbabit, Gigi yang kelihatan berseri-seri mengenakan pakaian jarang dari fabrik crepe untuk menampakkan sosok tubuhnya yang kini sarat berbadan dua.
"Sedang membesarkan seorang bidadari. Menghargai setiap masa dan ucapan indah daripada semua. Terima kasih," tulisnya.
Siri foto maternity shoot itu dibidik oleh jurugambar popular Luigi & Iango serta ditatarias oleh Gabriella Karefa-Johnson.
Gigi mengesahkan kehamilannya pada April lalu menerusi sesi temubual bersama Jimmy Fallon.
Menurut jurucakap pasangan Gigi dan Zayn Malik, kedua-duanya kini sedang rancak merencanakan persiapan untuk menyambut kelahiran anak sulung mereka.
"Zayn dan Gigi sangat teruja dan seronok dengan pengalaman baru bakal bergelar ibu bapa.
"Mereka sering menghabiskan masa dengan membaca buku berkaitan parenting dan membeli-belah barangan kelengkapan bayi. Semuanya berjalan lancar," kata jurucakap tersebut.
Difahamkan, Gigi bakal kembali ke New York untuk proses bersalin pada September ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar