Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

(FOTO) Happy Ending! Overcome Pressure & Tak Give Up, Aaron Chia-Soh Wooi Yik Bawa Pulang Gangsa Pertama Malaysia!

Maliah Surip 31/07/2021 | 15:10 MYT
Macam nak pecah rumah! Begitu gambaran mengenai peminat badminton negara apabila beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menumpaskan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan untuk membawa pulang pingat gangsa sekaligus yang pertama buat Malaysia.
Pertarungan yang berlangsung di Musashino Forest Sports Plaza, Tokyo, Jepun sebentar tadi menyaksikan Aaron-Soh Wooi yang tewas pada set pertama dengan mata 17-21 bangkit untuk mematikan impian Indonesia membawa pulang pingat gangsa ke negara mereka menerusi mata 21-17 dan 21-14.
Menitiskan air mata gembira, Soh Wooi Yik menyifatkan kemenangan mereka sebagai paling terbaik dalam karier dan berikrar akan terus berjuang untuk memberikan yang terbaik kepada negara.
"Saya boleh kata ini (kemenangan) paling terbaik dalam karier dan kita akan terus berjuang," kata Wooi Yik penuh terharu sewaktu ditemubual Astro Arena usai pertandingan.
Aaron Chia pula mengatakan biar boleh mengatakan berpuas hati dengan pencapaian pingat gangsa di Olimpik Tokyo 2020, namun masih ada banyak ruang untuk mereka memperbaiki mutu persembahan.
Namun yang paling penting, beliau gembira kerana mampu melawan tekanan yang dirasakan sepanjang temasya berlangsung.
"Apa yang paling menggembirakan saya adalah mampu overcome pressure dan kita tak give up," katanya.
Apapun, tahniah buat Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. Jom kita lihat foto foto yang dibidik untuk Majlis Sukan Negara sepanjang pertandingan tadi.

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je)

Kredit Foto: Majlis Sukan Negara, BERNAMA
#Indonesia #Malaysia #Olimpik Tokyo 2020 #badminton #Aaron Chia #Beregu #Soh Wooi Yik #Gangsa
;