Foto Perkahwinan Tergantung Di Dinding Rumah, Erra Fazira Tepis Dakwaan Sudah Bersuami - "Saya Masih …”
Pelakon Erra Fazira menyifatkan spekulasi yang tular berkenaan gambar perkahwinannya dalam rumah sebagai satu fitnah.
Bagaimanapun Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek enggan mengambil peduli mengenai dakwaan tersebut.
Malah, akres jelita itu bertindak memaafkan pemfitnah terbabit.
“Itu semestinya satu fitnah dan saya macam terkejut gambar apakah itu. Saya memaafkan orang fitnah itu.
“Saya mengetahui diri saya dan bila dengar mengenai fitnah itu saya ketawa sahaja.
“Saya dah minta berhenti dakwaan sebegitu sejak dari dulu lagi. Tapi tetap berulang lagi.
Erra berkata demikian ketika ditemui pada sidang media tayangan bersiri Rampas Cintaku 2 yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Erra juga turut menjawab mengenai status dirinya.
“Saya masih ibu tunggal sudah bertahun-tahun dan saya tidak menutup pintu tetapi rezeki mungkin belum lagi.
“Saya pun tak tahulah yang mahu menggosipkan mungkin ada hikmahnya, ada pro dan cons. Kebaikannya bermakna orang masih berminat nak tahu tentang kisah peribadi kita.
“Kadang kadang bila kita dah sampai pada satu tahap usia anda tidak mahu dah begini.
“Kalau dulu, kalau kita nak kahwin mesti nak mewah mewah, meriah, panggil semua orang. Di usia begini tidak lagi.
“Saya bahagia dengan kehidupan saya yang sekarang. Bagi saya kebahagian bukan bergantung dengan manusia.
Berita Trending: Isteri Selamat Bersalin Anak Ketiga, Dr Say Pilih Nama Zeqriel - “Tak Perlu Google Apa Maksud Sebab…”
Terdahulu, tular gosip mengatakan terdapat foto perkahwinan Erra dengan seorang ahli kenamaan tergantung di dinding rumahnya.
Untuk rekod, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007, namun mereka disahkan berpisah pada 18 Februari 2014.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Engku Aleesya yang kini berusia 15 tahun.