Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gaya Hidup

[FOTO] Tular Di Laman Sosial, Nusakuya Resort Di Semporna Sabah Cantik Macam Maldives!

Azwa Rahman 16/07/2020 | 08:31 MYT
Sejak pihak Kerajaan membenarkan percutian domestik selepas hampir empat bulan berperang dengan pandemik COVID-19, rakyat Malaysia dilihat mula mengambil peluang untuk becuti di dalam Malaysia.
Selain pulau-pulau di pantai timur menjadi pilhan, pulau-pulau peranginan yang cantik di Sabah juga antara yang laris sepanjang PKPP diadakan.
Terbaru, sebuah resort di Semporna Sabah tular di laman sosial kerana kecantikan dan keunikannya seperti di Maldives.
Nusakuya Resort merupakan sebuah resort atas air yang terletak berhampiran Pulau Nusa Kuya, Semporna.
Baru sahaja di buka pada bulan Oktober 2019, resort ini dibina di atas sebuah pulau kecil.
Menurut pengurus resort, Azmain Abdul Sinee, sambutan yang diterima setakat ini sangat menggalakkan.
““Setakat ini sambutan amat memuaskan terutama setelah PKP dan orang ramai mula melawat destinasi percutian tempatan.
“Rekabentuk yang menerima pujian ramai ini sebenarnya diilhamkan oleh orang lokal dengan dibantu oleh tukang-tukang tempatan.
“Kami mengambil kira keindahan semulajadi kawasan ini dan memelihara persekitarannya,” jelasnya ketika dihubungi Gempak.
Tambah Azmain, mereka menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti menarik untuk para tetamu menikmati percutian pulau.
“Selalunya pakej kami turut disertakan dengan makan 3 kali sehari, bot transfer, snorkeling, aktiviti melihat penyu di waktu malam, sunset deck dan bermacam lagi.
“Kami juga menawarkan package honeymoon (additional room deco, lobster sunset dinner dan breakfast in bed). BBQ juga di sediakan dalam pakej kami,” jelas Azmain lagi.
Dengan harga RM450 untuk satu malam bagi dua orang, Setiap pakej boleh di ubahsuai mengikut kehendak pelanggan dan harga yang sesuai.
“Buat masa ini kami menawarkan promosi sempena Domestic Tourism oleh Kementerian Pelancongan sehingga 31 Oktober 2020,” katanya lagi sebagai penutup.
#Nusakuya Resort #Percutian pulau #Semporna Sabah
;