Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Founder Kosmetik Guna Kaabah Sebagai Alat Marketing Dikritik Netizen - “Orang Pergi Sana Nak Ibadah, Ni Tak…”

Izwan Isa 01/11/2022 | 21:50 MYT

Sejak kebelakangan ini, produk kecantikan yang diusahakan oleh usahawan-usahawan tempatan dilihat muncul bagaikan cendawan tumbuh.

Saban hari, pelbagai jenis produk dilancarkan - baik untuk penampilan mahupun kecantikan dari dalam, permintaan terhadap produk-produk tersebut boleh dikatakan sangat menggalakkan dan memberangsangkan.
Justeru, tidak hairanlah jika pemilik atau founder produk ‘berlawan-lawan’ menggunakan pelbagai cara untuk memasarkan produk mereka.
Begitupun, tindakan seorang founder produk yang menjadikan Kaabah sebagai latar belakang untuk foto produk keluarannya meraih kecaman netizen apabila ia dianggap sebagai tindakan yang keterlaluan.
“Wahai founder produk, berhenti jadikan Kaabah sebagai alat marketing. Berhenti bawa produk kamu ke dalam kawasan Masjidil Haram. OOTD baju juga diharamkan,” begitu satu ciapan yang dikongsikan oleh pengguna Twitter.
Meninjau ruangan balas, ramai dalam kalangan pengguna media sosial yang mengkritik cara marketing sedemikian.
“Orang pergi sana nak ibadah, ni tak, dunia juga dicarinya. Allahu.”
“Auto-unfollow kalau nampak marketing begini. Kita sebagai pengguna kena bijak. Sebagus mana sesuatu produk, janganlah beli dari orang yang begini dan yang banyak kontroversi negatif sebab kita pon seolah-olah menyokong dan menaja cara hidup dan perlakuan founder tersebut.”
“Pengguna pun 2 kali 5 je. Nak consume produk kecantikan check dulu background founder.”
“Kalau dulu dia jadi kerani pejabat, pemandu lori, peniaga pasar malam tak ada apa-apa certification, qualification dalam bidang kecantikan, tetiba jadi founder, elakkanlah.”
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Kaabah #Founder Produk
;