Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Fouziah Gous Khatam Al-Quran, Alhamdulillah Sejuk Hati Suami

Mya Amri 30/04/2021 | 06:13 MYT
Suami kepada pelakon Datin Fouziah Gous, Datuk Zhaf Yusof menyatakan rasa syukur apabila isterinya berjaya khatam Al-Quran sebelum penghujung Ramadan.
Zhaf menerusi akaun Instagramnya mencoretkan perasaan gembira dengan kejayaan isteri kesayangannya.
“Syukur Alhamdulillah. Tahniah buat isteri Nor Fouziah telah Khatam Al Quran bersama ustazah nya
17th Ramadhan 1442H (Nuzul Quran).
“Saya sangat-sangat gembira untuk awak. Ya Allah, Tuhan kami! Terimalah doa dan amalan kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar Lagi Yang Maha Mengetahui,” coretnya.

A post shared by ZhaFYI (@zhafyusof)

Sementara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram Fouziah, dia juga berasa syukur kerana hajatnya untuk khatam pada hari Nuzul Quran termakbul.
“Dengan Izin Allah SWT seperti yang dihajatkan untuk Khatam di Ramadhan dan Nuzul Quran di makbulkanNya.
“Official khatam bersama Ustazah Fadzilah . Terima kasih ustazah kerana sanggup ikut kehendak saya.
“Sanggup memandu datang rumah, sanggup layan mengaji dalam phone selama sejam, sanggup korbankan tidur, sanggup ikut masa saya dan banyak lagi.
“Satu gambar untuk untuk kenangan yang paling indah dalam hidup. Segala puji pujian bagi Mu Ya ALLAH,” tulisnya.

A post shared by Fouziah Gous (@fouziahgous)

Fouziah telah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Zhafran Md. Yusof pada September 2013.
Hasil perkawinan itu pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Zheeshan dan Zaheen Yusof.
#Fouziah Gous #Khatam Al-Quran #Zhaf Yusof
;