Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Fyna Jebat Potong Rambut Pendek, Bukan Sebab Sedih Lepas Cerai Tapi ... - "Saya Gembira Dengan Kehidupan Sekarang"

Amri Hassan 06/11/2023 | 07:50 MYT
Penyanyi Fyna Jebat tampil dengan imej berambut pendek selepas berpisah dengan bekas suami, Datuk Zainal Abidin Hassan pada Mei lalu.

BERITA TRENDING: Zainal Abidin Dedah Status Rumah Tangga Dengan Fyna Jebat - “Pergi Makan, Berjumpa Untuk…”

Berkongsi keadaan terkininya, jelas Fyna, 30, dia mahu memberikan fokus kepada kerjaya nyanyiannya dan menjalani kehidupan seperti sediakala.
"Alhamdulillah, semuanya baik sahaja. Tak ada apa yang saya nak kongsikan sebab saya mahu memberikan fokus kepada karier nyanyian.
"Kembali solo, ya lebih senang untuk saya bergerak. Keluarga dan kawan-kawan juga memberikan sokongan. Dorongan sebegitu memang penting untuk saya kembali memacu kerjaya.
"Tak kisah juga jika selepas ini ada yang mahu memberikan saya tawaran berlakon, boleh juga saya cuba," ujarnya kepada media usai konsert mingguan Famili Duo di Studio Glenmarie, Shah Alam, malam tadi.

PILIHAN PEMBACA: Tiada Persefahaman Dengan Madu, Saudara Sahkan Fyna Jebat Dah Cerai Dua Minggu

Fyna dalam pada itu mengaku masih bersahabat dengan bekas suami namun enggan mengenang cerita lalu.
"Syukur Alhamdulillah, saya gembira dengan kehidupan sekarang. Saya meneruskan kehidupan seperti biasa.
"Jika orang kaitkan saya dengan berita lama, saya tak boleh cakap apa-apa, saya pun tak mahu besar-besarkan lagi. Apa yang lepas tu, biarlah berlalu. Saya pun masih bersahabat dengan dia," katanya.
Ketika diusik adakah imej baharu rambut pendek yang digayakan ada kena mengena dengan perasaan bersedih, Fyna menafikan perkara terbabit.
"Sebenarnya, rambut pendek sejak dulu lagi. Ketika awal pembabitan saya dalam dunia hiburan di program realiti nyanyian Akademi Fantasia 9 dahulu, memang saya sudah tampil dengan rambut pendek.
"Itu memang imej saya sebelum ini, jadi saya kembali balik dengan penampilan terdahulu," katanya menutup bicara.

BERITA TRENDING: Fyna Jebat Syukur Hubungan Dengan Madu Baik - “Saya Tahu Ramai Yang Mendoakan, Jadi Teruskan…”

Terdahulu, Fyna bergelar isteri kedua kepada Zainal dan perkahwinan mereka terlerai sekitar Mei lalu.
Sumber: Xtra
Foto: Media Hiburan
#Kahwin #Penyanyi #cerai #Rambut #AF9 #Fyna Jebat #Datuk Zainal Abidin Hassan #Gaya Rambut Pendek
;