Laman Utama

Fyna Jebat Syukur Hubungan Dengan Madu Baik - “Saya Tahu Ramai Yang Mendoakan, Jadi Teruskan…”

Asyikin Mayudin
18/03/2023
01:51 MYT
Sponsor Banner
Fyna Jebat Syukur Hubungan Dengan Madu Baik - “Saya Tahu Ramai Yang Mendoakan, Jadi Teruskan…”
Penyanyi Fyna Jebat meluahkan rasa syukur apabila kes melibatkan madunya iaitu Datin Zalina Zaini sudah pun selesai dan hubungan mereka juga akhirnya menjadi baik.
Berharap tiada lagi insiden memalukan, Fyna memberitahu dia dan madunya sudah menarik balik laporan polis yang membabitkan kes pergaduhan mereka pada Januari lalu.
“Alhamdulillah, kami memang sudah berbaik. Selepas ini orang ramai tidak akan boleh nampak lagi insiden seperti yang pernah berlaku tempoh hari.
“Terima kasih, saya tahu ramai yang mendoakan kami. Jadi, teruskanlah mendoakan kebahagian saya dan suami,” katanya kepada Gempak.
Fyna berkata demikian pada majlis pelancaran produk Eodos Serum di Hotel Tenera di Bangi, Selangor pada Jumaat.
Menurut adik kepada penyanyi Ayda Jebat, dia juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk duduk semeja dengan madu.
“Saya tidak kisah jika hendak duduk atau makan semeja. Cuma ketika ini, saya sedang sibuk dengan jadual kerja yang padat. Tetapi di pihak dia, saya tidak berani untuk beri sebarang komen,” katanya.
Terdahulu, dalam kejadian di sebuah restoran di Shah Alam, Fyna didakwa terbabit dalam pertelingkahan dengan isteri pertama suaminya.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan berlaku insiden tarik rambut di dalam restoran tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).
Awal Januari lalu, Fyna mengaku sudah bernikah dengan jurulatih bola sepak popular, Zainal Abidin Hassan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar