Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

G Dragon Bakal Tubuhkan Yayasan Bantu Pemulihan Buat Penagih Dadah

Maliah Surip 22/12/2023 | 14:56 MYT
Plost twist. Mungkin itu gambaran sesuai buat berita mengenai G Dragon berdepan tuduhan penyalah gunaan dadah apabila dirinya diakui tidak terlibat dengan najis tersebut selepas siasatan terhadapnya berakhir.

BERITA TRENDING: G-Dragon Beri Keterangan Kepada Polis Kes Dadah, Air Kencing & Rambut Diuji

Kini G Dragon menutup skandal tersebut dengan pengumuman mendirikan sebuah yayasan yang dapat membantu bekas penagih dadah bebas.
Pengumuman tersebut dikeluarkan menerusi satu kenyataan yang dikongsikan agensi terbaharu bintang tersebut, Galaxy Corporation.
“Selepas melalui insiden (dituduh dan disiasat atas kesalahan penyalahgunaan dadah) saya telah melihat perkara yang sebelum ini terlepas pandang.
“Saya mahu dengan aktif membantu penagih dadah terutama golongan remaja dan mereka yang telah terjebak dengan masalah menakutkan ini.
“Saya mahu berkongsi sebuah sistem yang lebih baik untuk membantu pemulihan buat golongan ini dengan sebuah yayasan,” ujar kenyataan tersebut seperti dilaporkan AllKPop.

PILIHAN PEMBACA: G-Dragon Respons Isu Diri Guna Dadah: “Saya Akan Beri Kerjasama”

Yayasan tersebut akan dinamakan sempena nama peminat kumpulannya, Big Bang iaitu V.I.P.
“Saya sengaja menamakan yayasan ini V.I.P sebagai penghargaan buat peminat yang menyokong dan pecaya dengan saya sepanjang terseret skandal sebelum ini.
“Mereka menunjukkan sokongan dan kasih sayang yang membuatkan saya bersemangat dan tidak berasa keseorangan,” katanya lagi.
#Viral #Dadah #Korea Selatan #G Dragon #Yayasan #Pemulihan #Penagih
;