Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

#G The Untold Story: Dilabel Next Generation Artist, Dolla: "Just Watch Us Glow"

Gempak 11/06/2022 | 01:30 MYT

Pada awal kemunculan Dolla, kumpulan dengan empat orang gadis manis ini, ada yang skeptikal. Hanya menjual rupa dan daring. Apalagi klip video dan single yang menjadi debut Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel, Watch Me Glow mempamerkan kelincahan tarian ala bintang K Pop.

Namun setelah dua tahun, sejak 2019 menyapa, Dolla membina reputasi dengan cemerlang. Single mereka meledak di radio. Tawaran persembahan lebih meriah jika Dolla yang ada di atas panggung. Begitu juga dengan kemunculan di kaca televisyen yang membuat nama Dolla semakin bersinar.
Dan terkini, Dolla yang menyuntik virus tembang ‘Raya Raya Raya’ sehingga menjadi siulan bukan sahaja peminat berbangsa Melayu Aidilfitri lalu baru dinobatkan sebagai pemenang Top Top MeleTOP Duo/Berkumpulan di Anugerah MeleTOP Era 2022.
Tentu saja semua yang diperoleh kini dilewati dengan kerja keras yang penuh duka dan canda tawa untuk menjadi the next generation artist.
Melihat perjalanan karier seni Dolla seolah-olah menepati bait ayat dalam lagu popular mereka yang berbunyi Watch Me Glow.
Bersama edisi Jun #GTheUntoldStory, Dolla berbagi kisah tentang sinar mereka dalam industri dan menolak menjadi girl band tiruan dari dunia K-Pop.
Gempak: Ramai yang melabelkan anda sebagai next generation artist atau pelapis untuk girl group. Susah tak untuk carry tittle tersebut?
Dolla: Besar tanggungjawab. Sudah semestinya ada tekanan untuk mengeluarkan kualiti yang kami salurkan melalui art, lagu atau muzik video. Tetapi kami juga merasakan we are right here to also influence other people to follow their passion, follow what they love to do. Ia sangat bagus apabila kita mula melihat semakin ramai artis baharu muncul. Kami di sini untuk memberi inspirasi kepada anak-anak muda.
Gempak: Berapa banyak penglibatan Dolla dalam penghasilan sesuatu karya? Maksudnya macam the next single apa, lirik dan sebagainya. Adakah 100 peratus atau bagaimana?
Dolla: Kami tidak boleh cakap 100 peratus tetapi ia lebih kepada kombinasi. Kami ada pilih lagu, lirik tapi tidak menulis lirik sepenuhnya. Dari segi muzik video kami juga ada berkongsi idea. Kebanyakan kontent untuk muzik video adalah idea kami.

Gempak: Dolla debut pada tahun 2019, jadi apakah perubahan terbesar yang dirasakan dalam diri masing-masing?

Sabronzo: Untuk saya adalah keselesaan bila berada atas pentas, sewaktu membuat persembahan. Walaupun sebelum ini saya pernah membuat persembahan as a dancer tetapi sebagai penyanyi belum lagi. Sudah tentu over the year dengan confidence building, continuously training bersama guru vokal iaitu cikgu Syafi memang sangat-sangat membantu saya.
Tabby: Untuk saya pula adalah menari di hadapan kamera, dancing in front of crowds, modeling depan kemera sebab saya menyanyi sejak usia yang muda jadi tak banyak pengalaman dalam menari. Sekarang saya rasa lebih selesa, belajar langkah tarian dan sebagainya.
Syasya: Bagi saya adalah kemahiran menyanyi. Selepas join Dolla saya banyak belajar dari mereka bertiga dan juga cikgu Syafi. Selain itu communication skill saya bersama orang lain juga semakin baik. Sebelum join Dolla saya sangat-sangat introvert dan pemalu. Lepas tiga tahun bersama mereka, rasa malu itu masih ada tapi ia menjadi lebih selesa untuk bertutur dengan orang ramai.
Angel: Saya rasa semua orang tahu kebolehan saya untuk menjawab soalan semasa ditemu bual agak kurang kerana bahasa Melayu saya kurang baik. Saya ingin sampaikan benda lain tetapi lain yang keluar. Tetapi selepas bersama Dolla keyakinan diri saya juga semakin baik.
Gempak: Kalau kita lihat sebelum ini permulaan perjalanan Dolla agak sukar kerana sering menerima kritikan netizen namun seiring waktu berjalan, semakin ramai yang suka dan memberikan sokongan. Komen anda?
Dolla: Mungkin kerana pada awal kemunculan Dolla, orang seolah-olah nampak kami meniru kumpulan K-Pop. Namun lama-kelamaan mereka sudah nampak identiti dan warna kami masing-masing. Jadi kami rasa sebab itu Dolla sudah mula diterima ramai. Kami sangat bersyukur sebenarnya, akhirnya orang dah nampak identiti Dolla.
Gempak: Bila dah semakin popular, kehidupan peribadi juga menjadi perhatian ramai, selesa atau tidak? Bagaimana kalian menyesuaikan diri?
Dolla: Sebenarnya that effect baru sahaja nak datang. Sebelum ini kami keluar pun orang tak kenal, tapi sekarang ada sedikit perubahan. Bila keluar berjalan pun ada yang tegur. It is a bit interesting. Rasa sedikit pelik tapi rasanya itu adalah sebahagian yang kita perlu hadapi selepas bergelar artis.
Gempak: Kalau kita lihat K-Pop fandom juga ada yang memberikan sokongan kepada Dolla. Apa perasaan Dolla?
Dolla: Rasa terkejut juga, tapi bila mereka terima Dolla dan suka dengar muzik kami, rasa gembira. Bukan sahaja Dolla tetapi bila mereka tahu kami adalah sebahagian daripada muzik industri Malaysia, mereka juga mula memberikan sokongan kepada selebriti lain. Which is very good untuk industri muzik. Kami rasa sangat bersyukur dan mereka juga sangat awesome!
Gempak: Perasaan apabila orang luar negara memberikan reaksi berkenaan muzik video anda?
Dolla: Memang sangat menarik dan kami bersyukur sebab dapat diterima dengan baik oleh orang di dalam Malaysia dan juga luar negara. Kami bukanlah super famous di luar sana tetapi untuk mendapat pengiktirafan atau dikenali oleh orang luar yang sedar kewujudan Dolla, rasa macam sangat wow. Syukur sangat.
Gempak: Macam mana Dolla bermula?
Dolla: Menerusi private audition. Kami berempat sangat berbeza orangnya. Sepertinya jika kami di luar, kami tidak akan berada dalam sekumpulan kawan yang sama. Kalau bukan disebabkan Dolla, kami tidak akan kenal. Apa yang kami buat semuanya sangat berbeza. Tetapi dalam Dolla kami semua bekerja dengan sangat baik.
Gempak: Jadi adakah semasa anda hadir ke sesi ujibakat itu sebagai penyanyi solo?
Dolla: Tidak, kami memang tahu ujibakat itu untuk kumpulan. Tetapi disebabkan ia adalah satu peluang yang bagus bersama Universal Music, maka kami rasa why not give it a shot. Alhamdulillah, kami semua serasi antara satu sama lain.
Gempak: Ingat tak lagu yang anda nyanyi semasa audition?

Tabby: Made You Feel My Love by Adel

Syasya: All I Ask by Adel
Angel: Fly Me To The Moon by Frank Sinatra
Sabronzo: Terukir Di Bintang by Yuna
Gempak: Masa mula-mula debut rasa susah tak?
Dolla: Kami masih baru dalam industri jadi kami hanya ikut flow. Masa kami debut, ketika itu semua terkejut dengan MCO dan beberapa hari sebelum kami release our first single, lockdown! Lagi stress dengan lockdown dan COVID-19. Tapi sebenarnya agak menakutkan sebab kami ingat kami akan debut dalam situasi yang normal dan bila lockdown terjadi kami terfikir adakah orang akan react the same way seperti situasi normal tapi… Alhamdulillah diterima dengan baik.
Gempak: Kalau boleh kongsi, apakah perbezaan anda berempat sebenarnya?
Dolla: Semuanya! Dari segi make up style, hair style, fashion, penampilan, makanan. Yes makanan! Untuk mencari makanan yang disukai untuk satu kumpulan sangat susah! Kalau kami suka satu jenis tu, satu itu sahajalah yang kami akan dapatkan. Satu bulan memang order makanan yang sama sebab susah nak cari makanan yang semua orang suka.
Gempak: Kalau anda bukan Dolla, anda semua adalah siapa?
Sabronzo: Saya mungkin akan sambung pengajian ke peringkat master dalam bidang perniagaan.
Tabby: Saya mungkin juga sambung dalam bidang perniagaan atau yang berkaitan dengan event, something in that line.
Syasya: Saya mungkin akan sambung degree dalam bidang perubatan.
Angel: Saya musician atau singer-songwriter sebab saya belajar dalam bidang muzik.
Gempak: Ini adalah satu yang normal dalam ‘hidup’ berkumpulan. At the end of the day mungkin akan bawa haluan sendiri. Mungkin juga akan kekal bersama untuk satu tempoh masa yang agak lama. Jadi apa perancangan Dolla?
Dolla: Buat masa ini, kami akan teruskan Dolla sepanjang yang kami mampu. Tapi mungkin, jika kami pergi ke arah solo atau ikut haluan masing-masing, kami tetap akan ‘membawa bersama’ Dolla. Ini adalah nama yang kami pakai sejak debut jadi kami kena respek perkara itu, ingat daripada mana kita datang.
Gempak: Secara jujurnya anda semua pernah bergaduh tak?
Dolla: Sudah tentu pernah! Sebenarnya kami tidak pernah bergaduh yang jenis bergaduh teruk. Sudah pasti dalam tiga tahun kami bersama kami tidak boleh katakan yang kami tak pernah bergaduh. Tetapi hanya pergaduhan kecil dan boleh diselesaikan. Selalunya berkaitan dengan salah faham, ada yang terasa. Lagipun perkara itu berlaku menerusi kiriman text, jadi nada itu disalah ertikan.
At the end of the day we are at the same team, jadi kami jumpa, bercakap tentangnya dan selesaikan. Pergaduhan itu membuatkan kami menjadi lebih rapat dan bantu kami lebih mengenali antara satu sama lain. Sebenarnya rasa agak kelakar juga dan mungkin di masa hadapan kita akan teringat balik momen-momen begini dan ketawa.
Gempak: Siapa paling garang antara anda berempat?
Dolla: Tabby! Jangan tertipu dengan muka comel dia! Sabronzo pula seorang yang chill. Angel seorang yang ceria dan Syasya bergantung pada sugar level. Kalau dia tak ada mood dia akan menjadi emotional. Kalau dia happy dia okay.
Gempak: Anda rasa anda sudah selesa berempat? Andai kata tiba-tiba ada seorang lagi yang akan masuk apa komen anda?
Dolla: Kami rasa keserasian itu akan menjadi sedikit berbeza dan dinamik juga akan berubah. It wouldn’t be Dolla anymore. Jadi jawapannya… No.
Gempak: Anugerah atau stage yang paling anda mahukan?
Sabronzo: Kalau Malaysia saya mahukan Good Vibes sebab tak pernah merasai lagi merasai festival vibes. Walaupun Absolute Food Fest was a hint for that vibe saya rasa Good Vibes pun seronok juga.
Tabby: Anugeral Juara Lagu (AJL). Sebab stage, prop sangat amazing. That would be very fun.
Syasya: Anugerah MeleTOP! Untuk yang ini mungkin kami boleh membuat persembahan dengan main single kami, bawa lagu sendiri. Tahun ini kami bawa lagu kolaborasi bersama Hael. Jika ada peluang untuk perform lagu kami sendiri, why not.
Gempak: Siapa antara anda paling fast learner?
Dolla: Sudah tentu Sab!
Sabrinzo: Itu mungkin disebabkan saya adalah seorang penari sebelum ini. Tetapi selepas tiga tahun, mereka bertiga ini sangat pantas.
Tabby: Saya hanya ingin mengatakan pada waktu permulaan I was crazy slow okay! Saya macam tak boleh menari pun. Jadi saya rasa sangat bersyukur sebab sekarang saya much much better. Benarlah seperti ayat practice makes perfect. Saya percaya dengan ayat itu.
Gempak: Type jejaka pilihan hati anda yang bagaimana?
Sabronzo: Sebenarnya saya tak ada type pun. Sebab bila difikirkan balik saya dah jumpa yang pelbagai jenis perangainya.
Tabby: Untuk saya yang paling penting adalah caring. Sebab I like to be taking care of.
Syasya: Saya mahukan lelaki yang tinggi sebab tinggi saya adalah 172 cm. Sama tinggi pun tak mengapa sebab saya rasa agak sukar nak cari yang tinggi. Lagi satu orang yang faham perangai saya sebab saya sangat pelik dan emosi saya juga macam roller coaster. Orang yang boleh handle saya punya craziness dan tak banyak tanya.
Angel: Saya sukakan lelaki yang jenis family guy. Rapat dengan keluarga, close home.
Gempak: Masa awal kemunculan, ramai yang menyamakan Dolla sebagai klon Blackpink. Adakah Blackpink inspirasi anda?
Dolla: Secara jujurnya kami tidak terfikir mengenai Blackpink. Semasa menubuhkan Dolla, kami hanya cakap we just wanna make the best girl group as possible dalam Malaysia. Kebetulan pada ketika itu Blackpink memang sangat meletup. Lagu-lagu mereka semua best dan letup. Kami sendiri merasakan kami tidak layak pun untuk disamakan dengan mereka. Mereka tu memang another level.
Gempak: Dalam Dolla ada yang minat K-Pop tak?
Sabronzo: I am not a K-Pop listener. Tapi bila mereka dengar lagu K-Pop, mereka akan cuba ajar saya dan faham-fahamkan saya dengan lagu K-Pop. But it’s good.
Tabby: I am a K-Pop listener dan lagu kegemaran saya adalah Just One Day by BTS.
Syasya: I am a K-Pop listener. Saya ada banyak lagu kegemaran sebab saya seorang yang multifandom. Tetapi paling saya suka adalah BIGBANG.
Angel: I wasn’t a K-Pop listener but after with Dolla I have to learn you know. Sebab mereka sangat bagus jadi kita harus lihat bagaimana usaha mereka membuatkan kumpulan mereka sehingga menjadi begitu hebat.

KREDIT:

Foto: TTFGA
Penata Gaya: Amad Zola
Lokasi: BlackPepper Studio
Make Up: Sue, Suzam, Dizey
Hairdresser: VV Chan
Busana: Bernard Chandran

#DOLLA #G The Untold Story
;