Viral

Gadis 19 Tahun Antara 36 Individu Dicekup, Sindiket Persundalan Swinger Tumpas!

Gempak
01/09/2024
02:19 MYT
Sponsor Banner
Gadis 19 Tahun Antara 36 Individu Dicekup, Sindiket Persundalan Swinger Tumpas!
Sebuah sindiket pelacuran yang menyediakan kegiatan seks bebas secara berkumpulan buat 147,000 pelanggan berjaya ditumpaskan pihak polis baru-baru ini dengan penahanan 36 individu, termasuk penjawat awam.
Difahamkan, sindiket 'swinger' yang beroperasi secara atas talian itu menawarkan pelanggan peluang melakukan hubungan seks secara bertukar pasangan selain menyertai kegiatan persundalan berkumpulan di dalam kondominium sekitar Lembah Klang.

BERITA TRENDING: SKMM, PDRM Tumpaskan Kegiatan Tukar Pasangan Suami Isteri Online!

Yuran RM388

Antara pelanggan yang ditahan merupakan penuntut universiti dan petugas awam yang masing-masing dikenakan bayaran RM388 untuk menjadi ahli kegiatan tersebut.
Fadil memberitahu seramai 34 individu ditahan dalam serbuan pertama di sebuah kondominium.
Sindiket yang dikendalikan seorang warga Singapura dan penduduk tempatan itu difahamkan mula beroperasi sejak awal tahun lalu.
Kegiatan itu tumpas selepas Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman bersama beberapa agensi lain, termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melakukan serbuan di sebuah kondominium sekitar Mont Kiara pada 25 Ogos lalu dengan mereka bertindak mengikut hasil risikan diperoleh.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, seramai 18 lelaki dan 16 wanita ditahan dalam serbuan pertama tersebut.
"Mereka yang ditahan termasuk penuntut universiti, penjawat awam serta lima warga asing terdiri daripada warga Perancis, China, Nigeria, Republik Czech dan seorang wanita warga Filipina. Semua yang ditahan berusia antara 19 hingga 41 tahun.
"Individu termuda yang ditahan merupakan seorang wanita berusia 19 tahun yang sudah menyertai kegiatan tersebut secara kerap sehingga sindiket itu melantiknya sebagai hos pengantara dalam sesi berkenaan," katanya.

BERITA TRENDING: Dituduh Terlibat Aktiviti ‘Swinger’, Ini Jawapan Emma Maembong - “Saya Anggap Dakwaan Itu Hanya…”

BERITA TRENDING: Miza Ozawa Dijatuhi Hukuman Penjara Dua Bulan

BERITA TRENDING: Lelaki Promote Aktiviti Persundalan Di Media Sosial Ditangkap, Polis Turut Rampas Sehelai Cadar!

Dalang

Tambahnya lagi, siasatan lanjut daripada pihak polis berjaya menempatkan seorang warga Singapura dan penduduk tempatan di sebuah kondominium sekitar Puchong, Selangor yang dipercayai dalang di sebalik kegiatan itu.
"Mereka juga merupakan pemilik akaun yang akan mengumpul bayaran keahlian daripada pelanggan," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman pada Jumaat.
Pelbagai barangan turut dirampas dalam serbuan berkenaan, termasuk telefon bimbit, komputer, wang tunai serta kelengkapan seks.
Jelas Fadil lagi, kedua-dua dalang tersebut turut mengendalikan platform atas talian yang mempromosikan kegiatan tersebut.
Selain perlu membayar RM388 bagi caj langganan, setiap pelanggan juga dikenakan bayaran RM400 sekiranya mereka mahu terlibat dalam kegiatan seks berkumpulan yang dianjurkan sindiket itu.
"Mereka juga akan dikenakan bayaran tambahan RM350 sekiranya hadir dengan seorang pasangan. Sindiket itu juga akan mengadakan sesi temu ramah yang direkod sekiranya seseorang berminat untuk melanggan.
"Bagi kegiatan seks berkumpulan, penganjur akan memaklumkan pelanggan pada hari sebelumnya," katanya lagi.
Sumber: Majoriti, The Star
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024