Viral
Gadis Ini Teruja Main PUBG Dengan Luqman Faiz, Netizen Tuduh Menggeletis ..."Saya Tak Kacau Orang Pun!"
Gadis yang teruja bertemu dengan Luqman Faiz dalam permainan dalam talian Player Unknown's Battleground (PUBG), Nur Aini Juhari menepis dakwaan netizen cuba menggatal dengan penyanyi terbabit.
Jelas Aini, 18, tindakannya berkongsi pengalamannya 'in game' dengan penyanyi kegemarannya itu sekadar meluahkan rasa teruja.
"Maaf saya bukan seperti yang anda katakan. Apa buktinya saya menggeletis pun tak ada seorang pun tunjukkan. Saya tak kacau orang pun!
"Tiada ayat atau cubaan untuk menggatal atau mengorat Luqman Faiz. Harap-harap kaji dulu sebelum berbicara," katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Aini menerusi ciapan di Twitter terkejut apabila individu yang berkomunikasi bersama dia dan tiga rakannya beberapa hari lalu rupa-rupanya artis.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kawan saya jemput gamer lain secara rawak, tiba-tiba ada pengguna yang pakai gambar Luqman.
"Selepas dah nak habis game baru dia mengaku dia betul-betul Luqman Faiz dan buktinya dia suruh saya cuba DM dia di Instagram.
"Dia balas dan memang betullah itu dia. Saya terus terkaku tak tahu nak cakap apa lagi.
"Tak sangka saya 'in game' dengan idola saya," tambahnya.
Susulan kecaman yang diterima netizen, Luqman turut tampil menjawab dan membantu Aini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya tak faham kenapa orang terlalu jahat. Dia tak kacau korang punya hidup. Diam sajalah kalau tak ada apa-apa yang baik untuk diperkatakan.
"Dia cuma gadis bawah umur yang hidup dalam dunianya. Chill lah, korang tak ada benda lagi elok ke nak buat daripada menjadi asbab budak-budak murung," tulis Luqman.