Gadis Tinggal Bertiga Di Istana Usia 900 Tahun, Mengaku Ada Hantu Menginap Sama
Natta yang berusia 22 tahun menjadi terkenal kerana mendedahkan kehidupan hariannya yang tinggal di dalam sebuah istana.
BERITA TRENDING: Aliff Syukri Cemas Bibik Kesayangan Dirasuk Hantu, Tapi Netizen 50-50 Nak Percaya Atau Tak
Di istana berusia 900 tahun dan telah diwarisi selama 28 generasi itu, Natta tinggal bersama ibu dan bapanya.
“Ramai yang tidak percaya apabila saya beritahu saya tinggal di istana. Memberitahu ‘hi saya Sannazzaro Natta dan tinggal di istana juga agak janggal.“Tapi hakikatnya saya memang tinggal di istana,” ujar Natta seperti laporan Business Insider.
BERITA TRENDING: “Tinggal Watak Apa Untuk Kami? Jadi Nenek Atau Hantu Je Ke?” Delimawati Susah Dapat Job Sejak…
Dia kemudian mengaku terkadang berasa bukan hanya mereka bertiga yang tinggal di istana tersebut tetapi juga ada hantu ikut menghuni bersama.
Menurut Natta dia telah menetap di istana dengan 45 bilik itu sejak berusia empat tahun.Menurutnya lagi antara punca dia mempamerkan gaya hidup di kediamannya yang merupakan istana adalah mahu membuktikan kehidupan ‘biasa’ yang dijalani setiap hari.
BERITA TRENDING: Netizen Sindir Terpaling Pearl, Madammu Tak Naik Hantu - “Saya Okay, Dah Lama Tak Viral…”
“Saya memang tinggal di istana tetapi kehidupan saya seperti biasa. Semuanya normal. Tapi saya sangat bangga dengan sejarah keluarga dan istana ini adalah sebahagian besar daripada kehidupan saya,” katanya lagi.