Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Gagal Bayar Wang Jaminan, Komedian Wanita Hina Islam & Kekasih Rayu Dana Awam RM40,000

Amri Hassan 16/07/2022 | 04:55 MYT

Pasangan kekasih yang ditahan susulan kontroversi persembahan komedi di Kuala Lumpur bulan lalu memohon dana awam (crowdfunding ) bagi membayar wang ikat jamin sebanyak RM40,000.

Peguam R Sivaraj berkata Siti Nuramira Abdullah, 26, dan Alexander Navin Vijayachandran, 38, terpaksa menggunakan kaedah itu susulan kekangan kewangan bagi membayar jumlah yang agak tinggi.
Sivaraj berkata setakat ini mereka hanya berjaya mengumpulkan RM3,000 yang dikumpulan hasil sumbangan peguam, NGO dan orang awam.
"Mereka ada simpanan dalam bank, tetapi mereka di penjara, jadi mereka tidak dapat akses kepada akaun masing-masing.
"Jiran mereka (yang menjadi penjamin) juga berkata tidak dapat buat apa-apa, mereka mahu keluarkan menggunakan kad kredit tapi mereka tidak tahu nombor pin," katanya.
Setakat ini, kata peguam, mereka masih mencari platform yang sesuai bagi memudahkan memulangkan semula sumbangan penderma, selepas kes selesai.
Nuramira yang sebelum ini tular di media sosial kerana mempersendakan agama dengan menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menghina Islam.
Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Manakala teman lelaki wanita berkenaan, 38, pula dipercayai akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

#Viral #Pelawak #Kekasih #Mahkamah #Komedian #Hina Islam #Crowdfunding #Dana Orang Awam
;